To Live Is to Die

free counters

Jumaat, 4 April 2014

UMNO SUDAH ISLAM, APA LAGI YANG ORANG ISLAM MAHU? BAHAGIAN KE 2

UMNO SUDAH ISLAM, APA LAGI YANG ORANG ISLAM MAHU? BAHAGIAN KE 2

Umno sedar dan yakin yang parti ini akan terus memerintah Malaysia sekurang kurang sekali lagi pilihanraya. Maknanya PRU14 akan datang ini Barisan Nasional melalui umno akan terus menang dan Pakatan Rakyat pun tahu tidak akan menang dan Anwar Ibrahim tak akan menjadi Perdana Menteri melalui Pakatan Rakyat tapi tidak mustahil akan menjadi Perdana Menteri melalui Barisan Nasional.

PRU13 membuktikan bahawa umno adalah parti yang paling kuat dengan memenangi paling banyak kerusi berbanding parti parti yang lain dalam Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Umno menguasai 88 kerusi di ikuti dengan DAP 38, PKR 30 dan Pas 21. Lain lain parti dalam Barisan Nasional pula hanya memenangi tidak lebih dari 7 kerusi.

Umno menang di semua kerusi yang pengundinya majority melayu dan DAP pula menang di semua kerusi yang majoritinya cina. Ini bermakna saingan umno dalam merebut undi orang melayu Pas terlalu jauh ketinggalan dengan umno dan DAP pula menyapu bersih kesemua kerusi yang di tandingi oleh saingannya MCA dan Gerakan. MCA hanya memenangi 7 kerusi dan Gerakan pula hanya tinggal 1 kerusi , itu pun di kawasan yang ramai pengundi melayu yang umno anugerahkan kepada MCA dan Gerakan.

Kesimpulan dari apa yang di huraikan di atas ialah factor kaum adalah penentu kepada kemenangan parti parti yang bertanding dan umno sedar tentang itu. Umno tak perlukan undi cina untuk terus menang dan DAP pula tak perlukan undi melayu untuk menang.

Tapi mustahil bagi DAP untuk memerintah Negara hanya dengan undi cina tapi tidak mustahil bagi umno untuk terus memerintah hanya dengan undi melayu. Paling kuat DAP akan terus kekal menjadi peneraju Pulau Pinang dan menjadi kerajaan menunggu di negeri Melaka serta terus mendominasi negeri Perak, Melaka dan Negeri Sembilan.

Untuk itu umno perlu terus kekal menjadi harapan orang melayu. Umno perlu faham dan tunaikan kehendak orang melayu agar orang melayu terus kekal menjadi aset penting kepada undi Barisan Nasional.

Apa yang melayu mahu ?

Bersambung….

Blackend Is The End

Dyers Eve