To Live Is to Die

free counters

Sabtu, 5 April 2014

WASIAT HABIB KEPADA NAJIB

UMNO SUDAH ISLAM, APA LAGI YANG ORANG ISLAM MAHU? BAHAGIAN KE 3

Dalam bahagian kedua tajuk ini telah di huraikan bagaimana Umno kini hanya memerlukan undi melayu untuk terus memenangi pilihanraya. . Kita abaikan dulu kerusi kerusi parti kompenan Barisan Nasional yang menang dan kita ambil dari 88 kerusi umno yang sedia ada sahaja, umno hanya memerlukan lagi 24 kerusi untuk menang majority mudah hanya dengan kerusi parti itu sahaja.

Kerusi yang umno perlukan tersebut sudah pasti kini ada di tangan Pas dan sddikit dari PKR di mana kita tahu Pas hanya bertanding di kerusi kerusi yang majority pengundi adalah melayu. Umno Cuma perlu bekerja keras di 21 kerusi yang Pa s menang dan sebahagian dari kerusi melayu yang PKR menang.

Maka umno perlu tahu dan salami hati orang melayu serta wajib tahu apa yang orang melayu mahu untuk terus mempertahankan 88 kerusi yang sedia ada dan merampas bakinya di tangan Pas dan Pkr.

Maka hari ini umno telah melakukannya kerana umno faham apa yang melayu mahu. Umno sedar saingan politik tradisinya ialah Pas. Ahli Pas sejak sekian lama di tanam dalam hati mereka bahawa mereka lawan umno kerana umno tak mahu Islam, umno ambil islam separuh separuh dan umno menolak hokum islam.

Umno sedar tentang ini dan umno belajar apa yang menyebabkan penyokong Pas menolak umno selama ini walau apa pun yang umno beri kepada mereka. Jawapannya ialah Pas lebih Islam dari Umno . Untuk itu Umno perlu buktikan bahawa Umno lebih Islam dari Pas atau setidak tidaknya sama Islam sama Pas.

Jangan rasa perkara ini mustahil bagi umno untuk melakukannya kerana merasakan ahli Pas tak akan termakan dengan Islamnya Umno. Kalau Nasarudin Mat Isa, Hassan Ali Hafiz Nordin yang kuat menentang umno dulu kerana mengatakan Umno ini tidak Islam boleh bersama sama umno sekarang adalah tidak mustahil bagi penyokong Pas hujung hujung pagar untuk beralih arah.

Banyak factor lagi yang akan menyebabkan umno akan Berjaya menambat hati orang orang melayu yang menyokong Pas selama ini untuk menyokong umno dan antaranya ialah ajen ajen umno seperti Din Ayam yang memainkan peranannya di dalam Pas.

Bersambung…

Blackend Is The End

Dyers Eve