To Live Is to Die

free counters

Sabtu, 3 Mei 2014

PRK BUKIT GELUGOR : MAT SABU BERTANDING ATAS TIKET DAP?




PRK BUKIT GELUGOR : MAT SABU BERTANDING ATAS TIKET DAP?

Berbaki lagi seminggu sahaja untuk proses pernamaan calon bagi kerusi parlimen Bukit Gelugor. Dalam masa yang lebih pendek daripada itu DAP mungkin sudah akan mengistiharkan secara rasmi nama wakilnya untuk bertanding di kerusi tersebut.

Setakat ini dari 5 senarai pendek calon calon yang telah di maklumkan nama anak kepada mendiang Karpal mendahului senarai calon tersebut. Namun begitu suara tentangan dari ahli bawahan Dap agak menetang membawa beliau kerana bagi mereka Dap bukanlah parti anak beranak. Selain Gobirn di Puchong anaknya seorang lagi juga menjadi adun di Pulau Pinang.

Namun begitu kuasa menamakan siapa saja calon di Bukit Gelugor terletak di dalam tangan pimpinan tertinggi Dap. Apatah lagi kerusi Bukit Gelugor bukanlah satu saingan yang kuat antara Dap dan Barisan Nasional. Keyakinan untuk menang mudah sudah pasti menjadikan factor calon bukan sebagai perkara yang utama untuk syarat kemenangan di situ.

Walaupun begitu Dap sudah pasti akan sedaya upaya untuk mempertahankan majoritinya agar ianya tidak menjadi spekulasi kepada keptusan pilihanraya ini nanti di mana sekiranya Barisan Nasional Berjaya mengurangkan majority undi ianya sudah cukup mengambarkan sikap rakyat Pulau Pinang terhadap parti itu.

Jika di lihat kepada peratus pengundi di Bukit Gelugor pengundi melayu hanyalah 15% berbanding dengan pengundi cina seramai 74% dan bakinya dari pengundi india iaitu 10%. Secara umummnya semua tahu hamper 90% pengundi cina akan mengundi Pakatan Rakyat tak kira siapakah calonnya manakala pengundi melayu dan india pula terbahagi kepada dua atau 50 50.

Undi melayu adalah sangat penting bagi Dap kerana ianya sudah pasti akan memberi gambaran yang positif atau sebaliknya terhadap pentadbiran Dap di Pulau Pinang. Apa saja keputusan orang melayu di Pulau Pinang akan di jadikan alat rujukan kepada orang melayu di luar Pulau Pinang dan menjadi spekulasi yang tidak baik untuk Dap.

Dari segi logiknya adalah agak mustahil Dap akan memberi ruang kepada parti parti lain untuk bertading di kerusi tersebut namun agak mustahil bukan bererti mustahil. Maka adalah tidak mustahil ianya akan berlaku sekiranya Dap memberi ruang kepada pemimpin parti dalam pakatan rakyat bertading di situ atas lambing Dap.

Dap akan menghapuskan segala persepsi terhadap parti itu yang mengatakan sebuah parti yang membelakangkan parti parti dalam Pakatan Rakyat terutamanya Pas di Pulau Pinang. Tindakan ini mungkin mendapat tentangan dari sebahagian dari pimpinan Dap namun jika di lihat semula dari hasil kaji selidik yang di jalankan terutamannya terhadap pengundi cina ianya bukanlah satu masalah besar kepada mereka untuk terus memberi sokongan terhadap dap dalam prk ini. Di mana lebih 83% bersetuju sekiranya dap meletakan calon melayu dari bukan ahli Dap untuk bertanding di kerusi ini.

Maka inilah masanya untuk Dap mebuktikan semangat setiakawan dalam pakatan rakyat terutamanya dengan Pas yang kebelakangan ini di lihat mengalami sedikit keretakan kerana beberapa isu dasar kedua dua parti ini.

Persoalannya ialah bolehkah Dap melakukannya dan siapakah yang paling layak sekiranya Dap memberi ruang kepada rakannya dalam pakatan Rakyat?

Dari hasil kaji selidik yang di buat orang ramai lebih bersetuju sekiranya pemimpin Pas di beri peluang untuk menjadi calon mewakili pakatan Rakyat di sini di mana 71% responden memilih Pas dan 29% pula memilih Pkr.

Maka persoalan tentang siapa calon sekiranya Dap memberi ruang kepada bukan dari kalangan ahlinya sudah pastilah akan berkait rapat dengan individu yang paling rapat dengan Dap di dalam pakatan rakyat. Ianya tidak lain dan tidak bukan iaitu timbalan presiden Pas Haji Mohamad Sabu yang juga selaku pesuruhjaya Pas negeri Pulau Pinang.

Kenapa Mat Sabu?

Selain beliau mempunyai hubungan baik dengan pimpinan Dap dan cukup di kenali oleh orang ramai terutamanya di kalangan masyarakat cina beliau juga di lihat paling layak dalam kelantangan bersuara untuk mengantikan mendiang Karpal Singh di parlimen. Apatah lagi nasib ketua pembangkang di Parlimen yang menunggu masa saja untuk menerima hukuman sudah pasti akan melemahkan lagi nada suara ahli ahli parlimen pakatan rakyat dalam berhadapan dengan penyokong Barisan Nasional di parlimen.

Suara Mat Sabu amat di perlukan di parlimen. Setelah beliau gagal untuk berada di parlimen sejak 2004 maka inilah masanya untuk beliau kembali beraksi semula di parlimen. Sama ada ianya bertanding di atas tiket Pas atau Dap bukanlah persoalan yang paling utama sekiranya atas dasar kesepakatan dalam pakatan Rakyat Mat Sabu tidak mewakili pas secara khusus tetapi Pakatan Rakyat secara amnya.

Namun begitu dari hasil servey yang di lakukan di FB orang ramai lebih cenderung kepada Mat Sabu bertanding atas tiket Dap. Ini adalah kerana bagi meraikan kedua dua penyokong perti tersebut di mana walaupun calon bukan dari ahli Dap namun ianya tetap kerusi milik Dap.

Di atas artikal ini adalah sebahagian komen komen orang ramai yang menyokong dan bersetuju sekiranya Dap memberi ruang pada Mat Sabu bertanding di Bukit Gelugor

Blackend Is The End

Dyers Eve