To Live Is to Die

free counters

Ahad, 6 Julai 2014

NEGARA CHINA PANCUNG UMAT ISLAM YANG BERPUASA

CHINA LARANG UMAT ISLAM NEGARANYA BERPUASA.

Tinggalkan dulu siri sinetron "agak agak menantu siapa", tinggalkan dulu cerita Uptown Bandar Perda. Sebelum menanti waktu asar adalah lebih elok kiranya di ceritakan sedikit isu yang kononnnya negara China melarang umat islam di negeranya berpuasa dan katanya sekiranya berpuasa juga mereka akan di paksa makan dan di kenakan tindakan.

Pertamanya marilah kita fikir secara logiknya bagaimanakan 150juta rakyat China yang beragama islam mampu di kawal oleh pihak kerajaan untuk memastikan semua 150juta rakyatnya yang beragama islam agar jangan berpuasa. Dari 56 suku kaum di China 10 daripadanya adalah umat Islam yang sama sama membangunkan Negara mereka tanpa ada rasa prejudis terhadap agama dan kaum yang lain.

Bilamana cerita mengatakan Negara China melarang umat islam di sana tidak berpuasa dan ianya heboh di kalangan umat Islam melayu ianya menampakan kebodohan dan otak bawah tempurung orang islam melayu di Malaysia ini bila termakan dengan propaganda Barat yang cuba untuk mengalihkan api kemarahan umat islam kepada Negara paling di geruni oleh barat ini.

Kebodohan umat melayu islam di adun lagi dengan menghalakan kepada komunis kerana kata mereka China adalah Negara komunis dan komunis tak percayakan tuhan dan antikan agama. Sedangkan di China bukan saja umat islamnya dapat mengamalkan ajaran agama tanpa ada halangan malah Tanah Besar China lebih lama mengenal islam daripada melayu Tanah melayu.

Tanah melayu menerima Islam yang di bawa oleh pedangan pedagang Arab, India dan China lebih kurang 600 tahun yang lalu sedangkan di Negara China sebuah masjid tertua kini sudah berusia 1250 tahun masih berdiri megah di Xi'an Shaanxi province. Maka di manakah kekejaman Negara kerajaan China yang kononnya tidak benarkan umat islam melakukan ibadat di negeranya.

Melayu terima Islam dari pedagang cina sedangkan china menerima Islam dari Sahabat Rasulullah sendiri dan buktinya masih kekal ke hari ini dengan adanya makam sahabat Saad Bin Abi Waqas yang terus terpelihara di negara yang kononnya anti islam dan tak percaya tuhan.

Malah Masjid terbesar di China ketika ini di kota Hangzhou, Zhejiang province besarnya 3 kali ganda masjid Negara Kuala Lumpur

Seorang sahabat yang sudah hampir setahun belajar di sana menceritakan setiap hari beliau berbuka puasa dan makan sahur bersama saudara2 Moslem dari suku Uighur, Huizu dan Hanzu beragama Islam.

Katanya secara umumnya university di China menyediakan kantin 'Halal' khusus orang Moslem,baik local Moslem atau foreigner Moslem. Ini sebagai satu tanda kepada keterbukaan kerajaan China dan mengitiraf orang islam di negaranya.

Semasa aku Di China untuk mencari restoran muslim adalah lebih mudah daripada mencari restoran muslim di pekan Air Itam Pulau Pinang, setiap kawasan sudah pasti mempunyai restoran yang berlogokan halal menandakan restoran tersebut di miliki atau di usahakan oleh orang islam.

Layanan mereka kepada pengunjung adalah 10 kali lebih baik daripada pekerja restoran Islam melayu di Malaysia. Walaupun mereka sangat teruk dalam pengunaan bahasa inggeris namun lidah mereka tidak kedekut untuk memberi asalamualaikum kepada pengujung Islam yang masuk ke restoran mereka.

Jadi bagaimana ada islam melayu di Malaysia sanggup buat fitnah mengatakan Negara China melarang umat islam di Chin a berpuasa sedangkan orang yang buat fitnah ini bukan saja Negara China pun tak pernah sampai malah China Town di Pulau Pinang pun dia tak pernah jejak. Lalu dia menjadi penyambung suara Barat dengan perkara yang dia sendiri tidak pasti.

Mudahnya melayu Islam di tipu oleh media barat yang sedang berusaha bertungkus lumus untuk menghalang kebangkitan Negara China dari segi ekonomi dan kekuatan ketenteraan.

Nota: Gambar di atas aku ambil di sebuah bandar di mana seorang gadis muslim menunaikan solat maghrib di tengah tengah kesibukan ratusan ribu orang di Kota Guanzhou tanpa ada perasaan prejudis orang bukan islam di sana.

Gambar di bawah bersama serorang peniaga restoran muslim di Kota GuanZhou.

Maka hentikanlah pembodohan minda.

Blackend Is The End

Dyers Eve