Blackend Is The End

Ahad, 17 Ogos 2014

CHIN PENG HERO MALAYA (Part 1)

Semperna bulan kemerdekaan ini Blog ini akan membawa kembali sedikit kisah kisah ringkas perjuang kemerdekaan tanahair..

Ianya di mulakan dengan Kesasteria Chin peng iaitu setiausaha agung Parti Komunis Malaya yang memegang jawatan tersebut pada 1947 hinggalah ke perjanjian damai 1989 setelah kerajaan Malaysia mengaku kalah kepada PKM..

Bahagian pertama

Chin Peng dilahirkan pada 19 Oktober tahun 1924 di Sitiawan, Negeri Perak, Malaya, tanahjajahan British ketika itu. Nama sebenar beliau Ong Boon Hua, anak kedua di keluarganya. Ayahnya mengelolakan sebuah kedai basikal kecil-kecilan.

Beliau belajar sehingga tingkatan 4 sekolah menengah Tionghua, kemudian beralih ke sekolah Inggeris untuk satu masa kerana sekolah menengah Tionghua itu ditutup. Gerakan membantu Tiongkok melawan pencerobohan Jepun yang bermula sejak tahun 1937, akhirnya telah membangkitkan kesedaran politik beliau. Dan beliau berkecimpung aktif di dalam gerakan tersebut.

Beliau menjadi calun anggota Parti Komunis Malaya (PKM) pada bulan Januari tahun 1940. Tak lama kemudian, iaitu pada bulan Julai, beliau terpaksa meninggalkan rumah demi mengelakkan diri dari pemburuan musuh.

Beliau melakukan kerja PKM di kawasan Ipoh dan menjadi anggota rasmi PKM. Beliau turut campur dalam memimpin gerakan pelajar dan kegiatan kesatuan buruh kecil-kecilan, dan kemudiannya bertanggungjawab mengurus pekerjaan di bidang penerangan dan propaganda.

Bersambung..

Gambar sekeluarga di Setiawan, Chin Peng belakang 4 dari kanan dan isterinya belakang 3 dari kiri

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve