To Live Is to Die

free counters

Khamis, 21 Ogos 2014

KEMBARA DI BUMI ARAB (Bahagian 6) - Merentas padang pasir ke Oman.

Akhirnya hajat untuk bertemu peguam Kamal Hisham Jaafar tercapai juga pada hari ke 3 aku di sana. Kamal Hisham adalah bekas peguam peribadi kepada Almarhom Sultan Johor dan anaknya Tengku Ibrahim yang menjadi sultan Johor sekarang. 


Beliau sebenarnya baru saja pulang dari mengerjakan umrah di Mekah dan apabila sampai saja ke Dubai terus datang mengambil aku di hotel. Oleh kerana pada hari tersebut beliau mempunyai urusan di Oman maka dari hotel kami terus ke Oman.

(isi pertemuan dengan peguam Kamal akan aku ceritakan dalam siri yang lain)

Perjalanan mengunakan kereta dari Sarjah ke Oman mengambil masa kira kira 3 jam setengan. Perjalanan ini akan merintasi pinggir Abu Dhabi dan Dubai di mana di sepanjang jalan di hiasi dengan permandangan padang pasir yang sangat indah sekali. Matahari di padang pasir sangat terik sekali tapi cuacanya tidak seterik matahari malah lebih sejuk dari suhu malam di Malaysia. Walaupun debu debu pasir yang berterbangan ke atas jalan namun keaadaan lebuhraya sangat bersih dan tidak ada sedikit pun timbunan pasir berada di atas jalan .

Kami singgah sebentar di sebuah pekan kecil di mana kebanyakan peniaga dan kedai kedai di sini adalah milik warga Pakistan. Mereka menjual pakaian dan sekaligus membuka kedai runcit di kedai yang sama. Harga pakaian lebih murah berbanding di Malaysia. Jubah yang aku beli hanyalah 35 Dirham UAE iaitu kira kira RM30.00 sahaja di mana jubbah jenis yang serupa ini kalau di Malaysia harganya tidak kurang dari RM80.00.  Sebenarnya aku ingin membeli lilitankepala  (apa nama ntah yang arab pakai di kepala tu) tapi tidak di jual di kedai ini maka cukuplah sekadar jubbah dan serban untuk jadi Pak Arab seketika.

Untuk sampai ke Imigresen Oman ianya agak pelik sedikit dimana kita akan merintasi Oman kemudian masuk kembali ke UAE dan selepas itu barulah akan berjumpa dengan imegresen Oman. Oman adalah antara Negara pengeluar minyak yang utama. Nilai matawang negera ini 8 kali ganda dengan nilai matawang Malaysia. Ramai warga asing datang bekerja di sini kerana gaji yang sangat tinggi.

Paling menarik sebaik saja masuk ke Oman ialah permandangan bukit bukit batu yang di hakis angin. Dari atas lebuh raya dapat di lihat Bandar Bandar kecil di lereng bukit di mana rumah rumah orang di sini umpama kotak kotak tersusun di celah celah bukit batu padang pasir. Sayangya tidak banyak gambar dapat di rakam kerana Peguam kami terpaksa mengerja masa ke Oman dan pulang kembali ke Dubai sebelum 8 malam.

Perjalanan pulang kami mengambil jalan yang berlainan dengan jalan yang kami datang. Lebuhraya yang merintasi celahan celahan bukit batu yang kami lalui ini agak sunyi umpama merintasi lebuhraya Grik ke Jeli. Hanya sekejap sekejap berjumpa dengan pekan pekan kecil.

Di sebuah pekan kecil di tengah tengah padang pasir yang di kelilingi bukit bukit batu kami berhenti di sebuah restoran arab yang menyediakan nasi mandy yang cukup hebat sekali. Kambing, ayam, udang besar 7 inci roti arab dan minuman harganya baru 180dirham...

Bersambung

Blackend Is The End

Dyers Eve