To Live Is to Die

free counters

Selasa, 19 Ogos 2014

KEMBARA DI BUMI ARAB (Bahagian 2) – HOTEL KOMUNIS RUSSIA..

PETA SARJAH
Di UAE aku menetap di sebuah di Sarjah. iaitu sebuah negeri di Emiriah Arab Bersatu. Negeri ini memanjang sekitar 16 kilometer di garisan pantai Teluk Parsi di Emiriah Arab Bersatu sepanjang lebih daripada 80 kilometer ke dalam.

Sarjah adalah negeri yang berjiran dengan Dubai di mana jarak perjalanan di antara lapangan Terbang Antarabangsa Dubai ke Sarjah hanyalah mengambil masa kira kira 30 hingga 40 minit sahaja.

Yang menariknya tentang negeri ini ialah di sini tiada pusat hiburan malam shisha juga di larang untuk di sedut secara terbuka. Menurut teman di sana sultan iaitu Syeikh Sultan al-Qasimi iaitu amir di negeri ini sangat berpegang kuat dengan agama.

Di sini aku menetap di sebuah hotel milik rakyat Russia. Hotel ini betul betul berhadapan dengan Teluk Parsi di mana di sebalik sana adalah Negara Iran Darul Sunnah. Yang menariknya tentang hotel ini ialah rancangan TVnya adalah siaran terus dari Russia dan jika ada rangkaian siaran Arab semuanya telah di alih bahasa kepada bahasa Russia.

Lebih teruja lagi bila satu chanel TVnya adalah Chanel komunis Chanel ini menayangkan drama drama ketenteraan. Namun isanya tidaklah menarik sangat kerana satu patah perkataan pun aku tak paham. Cuma yang pastinya di sisi TV chanel ini tertera logo komunis Russia.

Akibat dari perbezaan waktu antara Malaysia dan UAE selama 4 jam pada hari pertama di sini aku ternanti nanti waktu subuh. Ku sangkakan jam pada HP aku masih lagi waktu Malaysia sedangkan ianya telah automatic bertukar kepada jam di sana. Tunggu punya tunggu hari semakin cerah… rupa rupanya hari sudah mahu terbit matahari.

Dari jerejak hotel ini dapat di lihat suasana pagi yang sungguh indah dan cuaca yang sejuk sekali. Persekitaran dan pantai ini sangat bersih di mana pekerja pembersihan bukan menyapu sampah tapi mereka mengutip sampah....

Bersambung…
SANG SAKA MALAYA BERKIBAR DI BUMI ARAB

SUASAN PAGI SEKITAR JAM 6.30




TENGAHHARI DARI BILIK HOTEL

Blackend Is The End

Dyers Eve