To Live Is to Die

free counters

Selasa, 19 Ogos 2014

KEMBARA DI TANAH ARAB (Bahagian ke 3) – Solat Jumaat dan teh tarik dubai.







Kebetulan hari pertama aku di sana jatuh pada hari jumaat. Walaupun boleh saja aku meninggalkan jumaat pada hari itukerana musafir tapi rugilah kalau tak merasai suasana solat jumaat di sana.

Masjid berdekatan dengan hotel terletak kira kira 5 minit perjalanan dari hotel ke masjid. Masjidnya hanyalah sebuah masjid kecil yang di bina atas padang pasir. Walaupun masjid ini teletak di dalam Bandar namun masjid ini umpama sebuah masjid kampong yang biasa biasa sahaja.

Masuk waktu solat jumaat di sana adalah lebih kurang jam 12.50 tgh. Tidak ada 2 kali azan seperti di Malaysia di mana selepas saja Khatib memberi salam maka muazin terus azan dan khatib menyampaikan khutbah. Kebanyakan Jemaah adalah pekerja pekerja asing di kalangan rakyat India dan Pakistan.

Oleh kerana khutbah dalam bahasa arab maka aku tak tahulah sama ada khatib di sana juga penyembah sultan seperti khatib di sini.

Teh Tarik aka Cai

Selepas solat aku singgah di sebuah kedai yang berdekatan dengan masjid. Kedai kedai atau restoran kecil di sini kebanyakannya di miliki oleh warga India. Mereka menjalankan perniagaan kedai makan dan kedai runcit.

Di kedai kedai kecil ini minuman yang paling popular ialah teh tarik atau di kenali dengan panggilan Cai. Teh tarik atau cai ini rasanya agak berbeza dengan the tarik yang ada di Malaysia dan ianya lebih sedap dari yang pernah aku rasa. Mungkin campuran susunya yang membuat rasanya sungguh aroma.

Kedai kedai kecil ini tidak menyediakan kerusi atau meja untuk pelangan kerana pelangan lebih suka minum di dalam kereta sahaja. Apabila kereta berhenti di hadapan kedai akan ada pelayan yang akan dating untuk mengambil dan menghantar pesanan. Harga cai ini hanyalah seringgit duit Malaysia

Bersambung..

Blackend Is The End

Dyers Eve