Blackend Is The End

Rabu, 20 Ogos 2014

KEMBARA DI TANAH ARAB (Bahagian ke 5) - Burj Khalifa



Oleh kerana aku pergi ke sana seorang diri dan berjalan seorang diri maka tak ada banyak gambar yang dapat aku rakamkan. Masa tu kalau selfie nanti orang akan kata perak buih ambik gambaq sendiri. Jadi agak rugilah tak dapat abadikan banyak benda ketika melawat di sana.

Adalah tidak sah dan membuktikan yang anda telah sampai ke Dubai sekiranya tidak bergambar di bangunan tertinggi di dunia di sana. Burj Khaifa atau dalam bahasa melayunya menara Khalifa . Tinggi banggunan ini kalau tak silap ialah 818 m (2,684 ka).\

Ia di namakan dengan nama Burj Khalifa sempena Presiden EAB dan pemerintah Abu Dhabi, Sheikh Khalifa bin Zayed al Nahyan. Yang menariknya selain daripada ruang ruang bangunan ini di isi dengan pejabat, hotel dan perkopratan ia sebahagian dari tingkat bangunan ini adalah perumahan yang di duduki oleh orang ramai.

Sewaktu sampai sini sudah lewat petang. Taman Tema di sekitar bangunan ini di kunjungi oleh ribuan orang ramai terutamanya pelancung luar. Di sinilah aku berjumpa dengan berbagai bangsa keturunan yang selalu di tonton dalam TV dan panggung wayang. Semakin lewat petang semakin ramai pengunjung sehinggakan keaadaan menjadi sesak.

Di sebelah bangunan ni ada satu mall yg paling besar di Dubai ni iaitu The Dubai Mall.Ala2 mcm KLCC la..ada Suria KLCC tapi kalau bawa duit RM30 tak payahlah nak berangan nak bersoping moping kat sini.
Aku lepas sini sehingga lebih kurang jam 9 malam dan kemudiannya terus pulang ke hotel untuk tengok TV Komunis di bilik hotel.

Bersambung…

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve