To Live Is to Die

free counters

Selasa, 19 Ogos 2014

KEMBARA TANAH ARAB (Bahagian ke 4) IKAN SULTAN IBRAHIM (sara)



Untuk mendapatkan buah buahan dan ikan dari Malaysia tidaklah sukar sangat di Dubai kerana ianya di jual di pasar pasarraya dan kedai kedai kecil milik warga Indonesia. Bukan saja buah buahan malah petai dan jering pun ada di jual di sini.

Untuk penagih rokok kretek pula boleh mendapatkannya dari kedai kedai Indonesia yang ada di pekan pekan kecil di sini. Rokok Kretek juga ada dalam berbagai jenis yang di jual di kedai kedai milik warga Indonesia. Oleh kerana tidak ada cukai di kenakan terhadap rokok maka rokok di sini harganya samalah dengan harga rokok di langkawi. .

Sewaktu berkunjung di sebuah pasaraya kecil aku terjumpa buah buahan yang di import dari Malaysia seperti rambutan dan buah mata kucing. Harga bagi buah rambutan yang telah di peketkan ialah 18 dirham 15biji, bersaman RM15.00 wang Malaysia. (15biji =RM15).

Yang paling menarik di temui di pasaraya milik warga Pakistan ini ialah ikan Talapia. Di sini ikan ini di kenali dengan nama ikan Sultan Ibrahim (Sara). Menurut pekerja pasaraya tersebut ikan ini memang di import dari Malaysia dan pembekal ikan ini menamakan ikan ini sebagai Sultan Ibrahim (sara).

Tidak pula dapat di sahihkan kena ikan ini namanya sama dengan nama salah seorang sultan di Malaysia ini dan berkebetulan nama Sara juga adalah nama isteri kepada sultan tersebut.

Bersambung...

Blackend Is The End

Dyers Eve