To Live Is to Die

free counters

Ahad, 31 Ogos 2014

ABDULLAH CD SATU SATUNYA PEMIMPIN PKMM YANG MASIH HIDUP

 Abdullah CD Perjuang Kemerdekaan yang di lenyapkan jasanya.

Bapa Abdullah CD adalah satu satunya tokoh dan pemimpin Parti kebangsaan Melayu Malaya yang Allah panjangkan usianya sehingga ke hari ini.

Dalam usia yang melintasi 90 tahun beliau pernah bersama sama menubuhkan PKMM bersama sama Dr Burhanudin Al Helmi (YDP PKMM), Ishak Haji Mohammad aka Pak Sako (Naib yang di pertua) serta beberapa kawan kawan lain seperti Ahmad Boestamam, Musa Ahmad, Khatijah Ali, Aisyah Ghani, Ghafar Baba, Dato Asri, Ustaz Abu Bakar Al baqir Shamsiah Fakeh dan lain lain lagi.

Semua mereka telah pergi bertemu Ilahi meninggalkan Abdullah CD dengan nilai bersahabatan dan perjuangan menuntut kemerdekaan yang cukup tinggi walaupun di antara tokoh tokoh ini memilih untuk berjuang bersama umno selepas pengharaman PKMM.

PKMM ini telah ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 adalah parti yang mula-mula sekali menjadikan “MERDEKA” sebagai slogannya. British melihat sokongan terhadap PKMM daripada orang melayu dalam menuntut kemerdekaan terlalu hebat sehinggakan British terpaksa memikirkan cara bagaimana untuk mengatasi gelombang rakyat terhadap tuntutan kemerdekaan.

Maka British bersama sama juak juak bangsawan yang selama ini setia kepada British telah menubuhkan Umno untuk mengalih sokogan orang melayu kepada PKMM. Namun begitu Umno yang berslogankan "Hidup Melayu' gagal untuk mendapatkan sokongan orang melayu kerana gelodak mahukan kemerdekaan pada ketika itu terlalu kuat sedangkan umno pula di tubuhkan untuk mempertahankan kuasa penjajah British di Malaya.

Maka untuk mengatasi masalah besar ini British telah mengistiharkan undang undang darurat pada tahun 1948 di mana semua parti parti yang menentang Britsih di haramkan bergerak dan hanya parti yang menyokong British seperti Umno saja di benarkan bergerak.

Semua pemimpin parti parti yang memperjuangkan kemerdekaan telah di buru, di tangkap, di penjara, di siksa dan di bunuh.

Abdullah CD adalah antara pemimpin yang telah berjaya di tangkap oleh pihak penjajah British namun dalam satu peristiwa beliau telah berjaya melepaskan diri dari kawalan polis British yang telah mejadi heboh oleh masyarakat melayu pada ketika itu di mana kononnya Abdullah CD mempunyai ilmu kebal dan mampu melepaskan tangan yang di gari.

Di pendekkan cerita (Kalau panjang cerita orang melayu malas baca) Abdullah CD telah melaui liku liku perjuangan menentang penjajah sejak dari sebelum kedatangan Jepun, zaman penjajahan Jepun, zaman kembalinya British ke Malaya, zaman darurat pra kemerdekaan, detik hari kemerdekaan, zaman darurat selepas kemerdekaan, zaman selepas darurat, zaman perjanjian damai, zaman selepas perjanjian damai dan sehingga ke hari ini.

57 kali negara ini telah mengadakan upacara menyambut hari kemerdekaan namun seorang demi seorang tokoh perjuangan kemerdekaan telah pergi tanpa di hargai sedikit pun jasa mereka kepada kemerdekaan negara.

Apakah tidak pernah terdetik di hati pemimpin negara ini apa salahnya membawa pulang satu satunya tokoh pemimpin PKMM yang masih hidup untuk bersama sama meraikan kemerdekaan negara.


Bersama kawan dari Scothland dan student malaysia
Bersama kawan kawan SAMM dan seorang pegawai tentera Mejar Kamal Bahri
Bersama kawan kawan dan ahli Pas Kedah


Bersama kawan kawan dari Temerloh, mahasiswa dan Muslimat Pas Pusat.


Blackend Is The End

Dyers Eve