Blackend Is The End

Isnin, 17 Februari 2014

TUKANG GANTUNG REPLIKA KAKI USTAZ AZIZAN RAZAK DALAM PRK SG LIMAU DI TEMUI

Propaganda.

Antara propaganda bodoh yang di lakukan oleh parti politik di negara ini
Dalam setiap perperangan, antara tugas yang paling penting ialah kerja kerja propaganda. Pasukan propaganda adalah pasukan belakang tabir yang lansung tidak glamer seperti pasukan tempur ataupun glamer seperti komandar komandar perang.

Walaupun petugas di bahagian propaganda tidak glamer kerana mereka bergerak secara underground namun kebijaksanaan atau kebodohan pasukan ini adalah antara penentu kepada kalah atau menang perperangan.

Di zaman perang demokrasi antara parti parti politik ini fungsi pasukan propaganda tetap penting seperti mana perperangan mengunakan senjata.

Namun begitu kebelakangan ini kita dapat lihat propaganda propaganda berbentuk reverse psychology yang di lakukan oleh parti2 politik di lihat terlalu ketinggalan dan amat bodoh.

Buang babi dalam masjid, buat banner perkauman gantung di hentian bas dan gantung kaki atas pokok dengan harapan ada rakyat yang percaya ianya di lakukan oleh musuh politik mereka adalah suatu yang sangat bodoh dan terlalu jauh ketinggalan.

Adalah tidak pasti kenapa idea ini yang telah di gunakan lebih 50 tahun dulu masih lagi digunakan sehingga hari ini. Adakah parti parti politik ini tidak punya pasukan propaganda yang up to date atau mereka masih lagi memikirkan bahawa rakyat di negara ini masih boleh di tipu seperti mereka menipu 50 tahun yang lalu.

Bagi aku pasukan propaganda yang terbaik dalam parti parti politik utama dalam negara ini ialah Pas namun Pas lebih berminat mengunakan perang psychology ini sesama mereka daripada menyerang musuh sebenar mereka Umno.

DAP pula mempunyai pasukan propaganda dalam bentuk penerangan yang paling berkesan dan berjaya namun parti ini lansung tidak mengunakan tektik reverse psychology dalam propaganda mereka. Mereka lebih kepada membuat penjelasan isu isu semasa secara baik melalui youtube, FB dan blog walaupun di tuduh mempunyai pasukan yang di namakan Red Bean Army.

PKR pula mempunyai kedua duanya sekali iaitu reverse psychology dan penerangan dalam propaganda mereka. Ini mungkin kerana parti ini lebih bersifat terbuka dalam menerima idea idea orang ramai berbanding dengan Pas.

Tapi sayang parti utama dalam negara ini iaitu umno gagal sama sekali dalam kerja kerja propaganda. Seperti kata Penarik Beca Umno hanya menumpukan kerja kerja propaganda mereka terhadap satu golongan sahaja iaitu rakyat yang sentisa mahu diri mereka di tipu. Umno hanya mengharapkan mereka mereka ini terus menyokong umno tanpa menghiraukan strategi mereka itu lansung tidak mendapat tempat di minda minda orang selain dari kelompok itu
Dulu ramai orang melayu marahkan komunis kerana kononnya komunis ini zalim dan kejam dengan berbagai kesusahan telah di timbulkan kepada rakyat. British bakar kampong-kampung kemudian kata komunis yang bakar. British bunuh orang melayu lepas tu kata komunis yang bunuh. Komunis penjarakan orang melayu mereka kata komunis yang tangkap dan kurung orang melayu. Jika sewaktu itu pun bukan semua orang percaya dengan propaganda pihak British, apakah pihak yang sedang memperbodohkan rakyat sekarang ini yakin bahawa propaganda yang sedang mereka lakonkan, rakyat akan percaya?

Di zaman maklumat hanya mengunakan ibu jari pada hari ini apakah mereka masih merasakan tahap pemikiran generasi hari ini sama seperti generasi zaman Knight Rider atau Airwolf.Mungkin pada ketika itu manusia akan kagum dengan kereta yang boleh bercakap dan pandu sendiri seperti Knight Rider dan Helikopter yang boleh memusing 360darjah seperti Airwolf. Silalah tayang kembali gambar2 yang mereka rasa hebat pada ketika itu kepada anak-anak 5 atau 6 tahun pada zaman sekarang ini. Ianya hanyalah sama taraf dengan rancangan raja lawak bagi mereka.

Maka dengan itu kepada golongan yang merasakan perang saraf mereka untuk mencetuskan pergaduhan kaum dan agama dengan membuang kepala babi di masjid, bolehlah kita samakan dengan mereka ini peminat rancangan TV pada tahun 80an. Zaman ketika TV di Malaysia baru menerima gambar berwarna.

Maka adalah menjadi satu kesedihan kepada mereka ini juga apabila lawak mereka tidak pernah menjadi. Mereka sepatutnya tahu generasi hari ini bukannya seperti penyiasat si Jefri Zain lakonan Jins Shamsudin tu tetapi generasi hari lebih yakin dengan cara penyiasatan penyiasat pesendirian Detektif Conan…..

CINA DAP BUANG DAGING BABI DALAM MASJID TOK KUN DI TANGKAP



Kemarin heboh pasai ada daging babi dalam masjid tok kun. Tektik lama ni tak payah nak belajaq pandai pandai pun boleh tau siapa punya kerja. Apa pun aku nak hangpa baca cerita 70 tahun dulu di mana tektik buang babi dalam masjid ni dah di lakukan oleh British untuk mengapi apikan permusuhan kaun antara orang melayu dan orang cina.

catatan di bawah ini adalah di tulis oleh Abdullah Cd dalam bukunya Memoir Abdullah CD tentang propaganda British terhahap orang melayu.

.........................................................................................................

Satu peristiwa pembunuhan yang bersifat perkauman telah berlaku di Batu Kikir, Negeri Sembilan pada bulan Jun 1945. Peristiwa itu berlaku ketika saya bertugas di bahagian propaganda parti Negeri Perak di Ipoh. Peristiwa itu dimaklumkan secara rasmi oleh organisasi PKM kepada saya dan kawan-kawan lain. (gambar: Abdullah C.D., Komisaris Politik Rejimen Ke-10 dan Pengerusi PKM)

Kemudian pada tahun 1946, ketika saya diberi tugas sebagai wakil PKM bahagian Melayu untuk kawasan Selatan dan juga memimpin organisasi JKM kawasan itu, saya secara khusus pergi ke Negeri Sembilan termasuk ke Batu Kikir.


Satu soal penting yang saya titik beratkan dan ingin mencari jawapannya ialah mengapakah timbulnya peristiwa pembunuhan di Batu Kikir yang seolah-olah merupakan satu gerakan orang Melayu menentang PKM dan TAJRM, sedangkan mereka aktif menyokong Perang Anti-Jepun bahkan menjadi sandaran penting Perang Anti-Jepun. Untuk mendapatkan jawapan yang pasti berkenaan masalah ini, saya pergi mencari organisasi PKM dan menemui orang ramai di kawasan berkenaan. Zahid dan beberapa orang kader Melayu di situ memberi bantuan besar dalam usaha ini. Zahid sendiri pernah ambil bahagian dalam gerakan mendamaikan hubungan antara orang Melayu dan orang Tionghua di situ dan memulihkan perasaan muhibah mereka.

Ketika peristiwa pembunuhan itu berlaku, penanggungjawab bahagian stet PKM Negeri Sembilan ialah seorang kawan seperjuangan saya, Ah Chen namanya atau di kalangan kawan-kawan Rejimen Ke-10 dikenali dengan nama Kawan Jasa. Kemudiannya saya bersama-sama beliau bertugas dalam JKP PKM. Selain daripada Zahid, Jasa juga banyak menceritakan berkenaan peristiwa pembunuhan kaum tersebut. Beliau pernah menulis kenang-kenangannya dalam buku Siri Perjuangan Anti-Jepun dan diterbitkan oleh Pejabat Suara Demokrasi pada 1 Februari 1982.

Daripada penyiasatan itu, saya membuat kesimpulan bahawa peristiwa itu berlaku kerana hasutan penjajah British yang mahu bertapak semula di Malaya dan mahu melemahkan kekuatan progresif yang diwakili PKM; manakala peristiwa itu pula dilakukan oleh segelintir orang Melayu yang terpedaya oleh hasutan penjajah. Menghasut sentimen permusuhan antara kaum adalah strategi penting dan senjata paling berkesan penjajah British untuk melemahkan kekuatan rakyat.

Kerana perkembangan perjuangan anti-Jepun yang menggelora baik di hutan, di kampung-kampung dan di bandar-bandar yang telah disebutkan di atas, kaum penjajah iaitu Jepun dan British amat tidak senang hati. Mengikut maklumat yang diberikan orang ramai, pada bulan Mac 1942 fasis Jepun telah mencetuskan tragedi Jeludung. Dalam tragedi tersebut, Jepun membuat dalih meminta orang ramai pergi mengambil kad pendaftaran di Titi kemudian askar Jepun telah mengatur kepungan dari empat jurusan. Mereka membunuh sesiapa sahaja yang mereka jumpai. Kira-kira seribu orang massa rakyat telah dibunuh dan seratus orang lebih cedera. Peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa fasis Jepun cuba menundukkan orang ramai daripada menyokong gerakan anti-Jepun dengan cara pembunuhan beramai-ramai. Akan tetapi, di sebalik tindakannya itu orang ramai lebih teguh lagi menyokong gerakan anti-Jepun.

Sehingga penghujung tahun 1945, gerakan anti-Jepun berkembang di Negeri Sembilan. Ketika itu penjajah British pula yang ingin berkuasa semula di Malaya telah menimbulkan pembunuhan kaum di Batu Kikir. Kawasan Batu Kikir adalah basis anti-Jepun yang kukuh. Rakyat berbagai-bagai kaum di situ saling bekerja sama menyokong Perang Anti-Jepun. Di kampung-kampung di kawasan tersebut didirikan berbagai-bagai organisasi anti-Jepun seperti Liga Anti-Jepun, lasykar rakyat dan lain-lain.

Mengikut maklumat dari organisasi anti-Jepun dan orang ramai, pada akhir bulan Jun 1945, pegawai-pegawai penghubung tentera berikat iaitu Pasukan Gerila 136 British telah menggugurkan sejumlah senjata kepada pasukan-pasukan TAJRM. Seorang pegawai penghubung British untuk kawasan Negeri Sembilan bernama Lt. Kol. C.H. Fenner telah dihantar ke dalam pasukan TAJRM untuk bekerjasama menentang fasis Jepun.

Akan tetapi, penjajah British mempunyai niat yang terselindung. Selain cuba mengontrol pasukan gerila TAJRM, C.H. Fenner didapati selalu pergi ke Jempul, Tanjung Ipoh dan lain-lain. Tujuannya adalah untuk menemui anasir-anasir yang boleh dipengaruhinya untuk menjalankan propaganda anti-komunis dan mengapi-apikan sentimen perkauman di kalangan rakyat berbagai-bagai kaum khasnya antara Melayu dengan Tionghua.

Apabila Jepun menyerah kalah, pasukan-pasukan TAJRM segera beredar ke pekan-pekan dan bandar-bandar untuk mengawal keselamatan orang ramai. Pada masa ini jugalah penjajah British menghantar pegawai-pegawai perisik dan tenteranya serta satu pasukan India Muslim dari India ke Negeri Sembilan. Mereka masuk ke kampung-kampung Melayu untuk menjalankan hasutan anti-komunis dan anti-Tionghua.

Untuk meruncingkan lagi keadaan, pihak British secara sembunyi mengarahkan seorang agennya, orang Tionghua, menyembelih seekor babi dan mencampakkannya ke dalam sebuah masjid di kampung dekat Batu Kikir. Sebaik sahaja hari cerah, berita itu pun segera tersebar. Orang Melayu merasa amat marah di atas perbuatan yang merupakan satu pencemaran ke atas agama Islam dan penghinaan kepada orang Melayu. Maka sekumpulan anggota parang panjang dari Juasih menyerbu ke sebuah kampung Tionghua di Batu Kikir. Kerana menyangkakan orang Tionghua menghina agama Islam dan bangsa Melayu, mereka memarang semua orang yang mereka jumpai, tidak kira tua, muda, lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Ketika kejadian tersebut berlaku, di situ hanya terdapat enam orang perajurit TAJRM mengawal keselamatan orang ramai. Melihat keadaan itu, mereka cuba menasihati dan menghalang anggota parang panjang supaya berhenti melakukan pembunuhan. Akan tetapi dua di antara enam orang perajurit tadi telah tercedera ditetak oleh anggota parang panjang. Kerana keadaan yang amat kemelut ini, mereka terpaksa melepaskan tembakan dan mengundurkan kumpulan parang panjang tersebut.

Peristiwa itu tidak selesai setakat itu sahaja, penjajah British masih berusaha memanjangkan peristiwa tersebut. Pegawai tentera British pura-pura bersimpati dengan perajurit-perajurit dan massa yang cedera dengan menghantar kereta konon untuk membantu membawa mereka ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Setiba kereta tersebut di pekan Batu Kikir, pihak British sengaja memberhentikan kereta di hadapan sekumpulan anggota parang panjang dan membiarkan kumpulan itu mengheret orang-orang yang tercedera di dalam kereta itu keluar dan di cincang di situ juga.

Setelah peristiwa itu, berbagai-bagai organisasi politik seperti pejabat PKM Wilayah Negeri Sembilan, kesatuan buruh, kesatuan tani, liga pemuda, persatuan wanita dan lain-lain pertubuhan kebudayaan telah mengadakan sidang tergempar bersama mengutuk komplot penjajah British yang sengaja melaga-lagakan antara kaum itu dan membiarkan dua orang perajurit TAJRM dan orang ramai yang tercedera itu di cincang hidup-hidup.

Pak Sutan Djenain dan Zahid segera datang ke pejabat PKM menemui penanggungjawab Jawatankuasa Parti Wilayah Negeri Sembilan menuntut pihak PKM supaya segera membuat bantahan ke atas tindakan British itu. Kemudian berbagai-bagai pertubuhan yang disebut di atas mengadakan sidang secara berasingan, mengadakan perhimpunan massa mendedahkan tipu muslihat British dan menyeru orang ramai berbilang kaum supaya jangan termakan tipu helah penjajah dan mesti terus mempereratkan perpaduan antara kaum.

Dalam satu rapat umum di Kuala Pilah, veteran revolusi Indonesia Pak Sutan Djenain telah membuat ucapan berapi-api dan mendedahkan komplot keji penjajah British tersebut. Beliau menyeru orang ramai bersatu padu melawan polisi pemecah-belahan kaum oleh penjajah British. Selain daripada itu, wakil Melayu dari Liga Anti-Jepun juga membuat ucapan menyeru orang ramai bersatu dan sekali-kali jangan termakan hasutan penjajah. Pidato para wakil itu mendapat sambutan hangat daripada rakyat pelbagai kaum khasnya orang Melayu dan Tionghua.

Selain daripada itu, pihak TAJRM juga menyatakan sikapnya yang tegas kepada penjajah British bahawa kalau peristiwa sedemikian berlaku lagi, maka pihak British haruslah memikul segala akibat dan tanggungjawabnya.

Terdorong oleh suasana muhibah sama-sama menentang komplot melaga-lagakan antara kaum itu, banyak kampung Tionghua dan Melayu yang berjiran menandatangani perjanjian kerukunan bersama. Komplotan jahat penjajah British itu berjaya dihentikan berkat usaha bersama pertubuhan dan rakyat pelbagai kaum.

---
dipetik dari Memoir Abdullah C.D. Bahagian Pertama: Zaman Pergerakan Sehingga 1948, diterbitkan SIRD, 2005

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve