Blackend Is The End

Selasa, 18 Februari 2014

WANITA MELAYU LAHIRKAN ANAK BERWAJAH BABI



Hari ni nak cerita lagi pasai isu buang daging babi dalam masjid. Bukan nak cerita siapa yang punya angkara sebab bagi orang yang mahu berfikir dari awal sudah dapat meneka siapa dalang dalam isu ini tapi nak cerita betapa bosannya propaganda lapuk ini masih terus di gunakan dalam zaman yang penuh dengan maklumat dari berbagi sudut.

Seperti juga cerita gantung replika kaki Ustaz Azizan masa PRK Sungai Limau dulu adalah satu yang sangat memualkan yang mahu memperbodohkan orang kampung untuk mendapat simpati undi. Mungkin bisa mendatangkan keuntungan undi kepada si pembuat tapi dalam masa yang sama mereka tidak sedar mereka sedang memperbodohkanorang orang kampung hanya kerana satu kertas undi.

Perang saraf yang menghalalkan cara tanpa mengira kesan baik dan buruk kepada rakyat ini terus menerus di lakukan kerana mereka merasakan pemikiran rakyat negara ini masih boleh termakan dengan propaganda propaganda seperti ini.

Berbalik kepada isu buang babi dalam masjid sudah pasti cara yang sama di gunakan oleh musuh musuh politik bagi mencetuskan perasaan tidak puas hati antara kaum terutamannya di Pulau Pinang. Logik akan mengatakan adalah amat mustahil kerajaan Pulau Pinang akan beralih dengan mengunakan cara demokrasi. Oleh itu mahu tak mahu cara yang kotor perlu di lakukan untuk mendapatkan Pulau Pinang.

Sejarah bagaimana Kelantan di rampas dari Pas telah membuktikan bahawa jalan pilihanraya bukanlah satu jalan yang mampu untuk merampas Kelantan dari Pas. Mahu tak mahu usaha menimbulkan ketidaktenteraman terhadap rakyat Kelantan telah di atur rapi untuk tujuan itu.

Begitulah di Pulau Pinang dan Selangor, setelah bertungkus lumus sejak 2008 dengan berbagai cara dan wang di habiskan namun rakyat 2 negeri ini bukan saja tidak termakan malah pakatan Rakyat telah berjaya meraih lebih banyak kerusi dari sebelumnya dalam PRU 2013 (Kalau ikut lebih banyak kalau Din Ayam dan Yusni Mat Piah tak jadi pengkhianat bersekongkol dengan umno untuk pecah undi Pakatan Rakyat)

Untuk tujuan itu jugalah kerja kerja jahat seperti buang daging babi dalam masjid ini di lakukan agar rakyat terutamannya orang orang melayu termakan dengan cara ini dengan harapan mereka bangun dan melawan orang orang cina yang mereka sangka melakukan kerja2 ini.

Bila berlakunya pergaduhan kaum maka amat besarlah alasan kumpulan ini untuk menjatuhkan kerajaan pilihan rakyat dengan berbagai undang2 yang sudah mereka siap sediakan.

Tapi ianya akan berjaya sekiranya mereka berjaya meyakinkan orang melayu bahawa yang buat kerja kerja ini adalah orang cina namun sekiranya orang melayu cerdik dan mahu berfikir dengan lebih jauh segala usaha jahat ini akan terbantut dan usaha mereka untuk merampas kerajaan dengan cara jahat ini akan menjadi mimpi.

Orang Melayu bangkitlah.... bukan bangkit melawan cina tapi bangkitlah melawan pemikiran orang cina yang telah jauh meninggalkan pemikiran orang melayu.

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve