Blackend Is The End

Khamis, 3 April 2014

PENGAKUAN AHLI RED BEAN ARMY

BAHAYA RED BEAN ARMY

Apa itu Red Bean Army atau RBA? Menurut yang telah di beritakan RBA adalah askar askar upahan DAP yang di tugaskan untuk membuat propaganda politik dalam Negara. Menurut berita tersebut lagi RBA mempunyai 800 orang ahli dan mereka di bayar RM3000.00 setiap seorang oleh DAP.

Kenapa Red Bean Army?

Bila tanya kenapa di beri nama Red Bean Army jawapan yang perlu di jawab ialah persoalan siapakah yang memberi nama Red Bean Army tersebut? Adakah memang benar RBA ini di wujudkan dengan nama tersebut atau nama RBA ini di beri oleh orang yang membuat tuduhan.

Dulu juga pernah wujud satu kumpulan yang di beri nama Kumpulan Mujahidin Malaysia lepas tu di tukar kepada Kumpulan Militan Malaysia. Lebih kurang dengan RBA jugalah nama di beri oleh orang yang membuat tuduhan. Tidakkah jenaka bila ada kumpulan islamik yang menamakan kumpulan mereka dengan militan.

Kenapa sebelum itu mujahidin dan kemudiannya bertukar menjadi militan? Sebab si pemberi nama sudah rasa macam tak kena bila di beri nama mujahidin, Nampak macam kumpulan baik baik sedangkan niat menamakannya mujahidin adalah nak bagitau orang ramai yang kumpulan ini jahat lalu di tukar kepada Militan sebab nampak macam ganas…

Begitu jugalah dengan RBA, si penuduh mengharapkan yang orang ramai akan membayangkan RBA ini macam Japanese Red Army walaupun kalau tanya budak umno Japanese Red Army tu apa dia sendiri pun tak tau nak jawab tapi nama Japanese Red Army sudah cukup mengambarkan kumpulam ini ganas baginya.

Oleh itu nama RBA sebenarnya bertujuan untuk mengambarkan kepada orang ramai bahawa DAP kini mempunyai satu kumpulan yang bahaya yang mempunyai rangkaian ala ala Japanese Red Army.

Adakah orang ramai percaya wujudnya RBA?

Percaya atau tidak bukan persoalan bagi mereka yang merancang isu ini tapi yang paling utama bagi mereka ialah orang yang selama ini percaya apa yang mereka percaya mesti di kekalkan kepercayaannya. Umpamanya jika hanya tinggal 30% saja dari seluruh rakyat Malaysia ini percaya 100% apa yang umno cakap maka kumpulan ini mesti di kekalkan kepercayaannya.

Jangan sesekali terlepas mereka ini kerana ini adalah eset yang paling penting yang sesekali tidak akan hilangkan undi kepada Barisan Nasional. Di samping itu juga serangan demi serangan ke atas pembangkang mengunakan berbagai isu juga dapat di harapkan menarik sedikit dari 70% yang tak percaya tapi samar samar percaya.

Sebenarnya Red Bean Army ini adalah orang yang membuat tuduhan itu sendiri yang ampunya. Mereka di bayar gaji untuk membuat kerja kerja menyerang parti parti pembangkang namun sebenarnya mereka gagal walaupun sudah berapa banyak duit di habiskan lalu mereka kecewa dan iri hati dengan kerja kerja tanpa bayaran yang di buat oleh cyber cybertropper pro pakatan rakyat yang telah menguasai semua bidang cyber.

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve