Blackend Is The End

Jumaat, 4 April 2014

UMNO SUDAH ISLAM, APA LAGI YANG ORANG ISLAM MAHU? BAHAGIAN KE 2

UMNO SUDAH ISLAM, APA LAGI YANG ORANG ISLAM MAHU? BAHAGIAN KE 2

Umno sedar dan yakin yang parti ini akan terus memerintah Malaysia sekurang kurang sekali lagi pilihanraya. Maknanya PRU14 akan datang ini Barisan Nasional melalui umno akan terus menang dan Pakatan Rakyat pun tahu tidak akan menang dan Anwar Ibrahim tak akan menjadi Perdana Menteri melalui Pakatan Rakyat tapi tidak mustahil akan menjadi Perdana Menteri melalui Barisan Nasional.

PRU13 membuktikan bahawa umno adalah parti yang paling kuat dengan memenangi paling banyak kerusi berbanding parti parti yang lain dalam Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Umno menguasai 88 kerusi di ikuti dengan DAP 38, PKR 30 dan Pas 21. Lain lain parti dalam Barisan Nasional pula hanya memenangi tidak lebih dari 7 kerusi.

Umno menang di semua kerusi yang pengundinya majority melayu dan DAP pula menang di semua kerusi yang majoritinya cina. Ini bermakna saingan umno dalam merebut undi orang melayu Pas terlalu jauh ketinggalan dengan umno dan DAP pula menyapu bersih kesemua kerusi yang di tandingi oleh saingannya MCA dan Gerakan. MCA hanya memenangi 7 kerusi dan Gerakan pula hanya tinggal 1 kerusi , itu pun di kawasan yang ramai pengundi melayu yang umno anugerahkan kepada MCA dan Gerakan.

Kesimpulan dari apa yang di huraikan di atas ialah factor kaum adalah penentu kepada kemenangan parti parti yang bertanding dan umno sedar tentang itu. Umno tak perlukan undi cina untuk terus menang dan DAP pula tak perlukan undi melayu untuk menang.

Tapi mustahil bagi DAP untuk memerintah Negara hanya dengan undi cina tapi tidak mustahil bagi umno untuk terus memerintah hanya dengan undi melayu. Paling kuat DAP akan terus kekal menjadi peneraju Pulau Pinang dan menjadi kerajaan menunggu di negeri Melaka serta terus mendominasi negeri Perak, Melaka dan Negeri Sembilan.

Untuk itu umno perlu terus kekal menjadi harapan orang melayu. Umno perlu faham dan tunaikan kehendak orang melayu agar orang melayu terus kekal menjadi aset penting kepada undi Barisan Nasional.

Apa yang melayu mahu ?

Bersambung….

UMNO SUDAH ISLAM, APA LAGI YANG ORANG ISLAM MAHU? BAHAGIAN 1

UMNO SUDAH ISLAM, APA LAGI YANG ORANG ISLAM MAHU? BAHAGIAN 1

Minggu lepas di khabarkan hampir setengah juta umat Islam berkumpul di Putrajaya untuk menikmati lagu lagu hit masa kini yang di dendangkan oleh Habib habib yang di bawa khas ke sini untuk menghiburkan umat Islam di Malaysia.

Minggu sebelum itu pula di gemparkan dengan kematian beberapa orang pengujung konsert buih kerana di percayai mengambil dadah berlebihan.

Minggu ini pula rakyat Baling sekali lagi akan di bawa Habib habib kepada mereka untuk sama sama mereka berhibur sebagaimana orang di kotaraya berhibur pada minggu yang lepas di Putrajaya.

Kesemua ini adalah anjuran kerajaan Umno yang mengunakan duit hasil mahsul di apa saja pembendaharaan yang boleh di gunakan. Duit bukan masalah bagi umno asalkan duit ini bisa menghasilkan duit kepada si penganjur dan bisa memenuhi kehendak penonton yang hadir.

Umno yang kini bukan lagi umno yang dulu, umno kini sudah faham akan kehendak rakyat terutamanya oramg Islam. Orang Islam hari ini yang miskin dan yang kaya, tua atau muda sudah cenderung kea rah agama maka umno faham kehendak mereka maka umno penuhi kehendak mereka.

Kalau kamu hendak hiburan kami akan sediakan hiburan dan kalau kamu hendak agama kami akan sediakan agama untuk kamu. Kamu nak konsert bogel kami boleh sediakan tempat kamu nak konsert Ya hanana pun kami boleh sediakan tempat.

Kamu nak belajar kami sediakan sekolah kamu nak sembahyang kami sediakan masjid kamu nak menari kami sediakan disco kamu nak pelacur kami sediakan rumah rumah pelacuran bertaraf 5 bintang.

Cuma kamu jangan belajar luar dari apa yang kami ajar kamu jangan membaca buku buku yang kami larang kamu jangan sokong apa yang kami tak suka lain dari itu apa kamu nak kami boleh bagi.

Ini yang umno pelajari dari pembesar pembesar quraish ketika zaman rasulullah saw dulu. Pembesar quraish jumpa nabi Tanya apa yang nabi nak, Nabi nak perempuan paling cantik mereka boleh bagi, nabi nak harta mereka boleh bagi malah kalau nabi nak mereka masuk Islam pun mereka boleh ikut asalkan jangan kacau mereka nak memerintah Mekah. Tahun ini mereka tawarkan mereka sembah Allah dan tahun sekali lagi mereka pula tawarkan Nabi sembah Tuhan mereka.

Bak kata Ahmad Nisfu pada Kassim Selamat “tukaq nama pun tukaq namalah, asal cek mau ikut saja”. Maka orang Islam hari ini nak apa lagi, dulu kata umno tak mau pada islam tapi hari ini umno sudah bawa Habib untuk orang Islam, Najib pun sudah pakai jubbah dan kopiah putih tanda dia juga ikut islam.

Bersambung…

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve