To Live Is to Die

free counters

Ahad, 27 April 2014

DAP TAWAR KERUSI BUKIT GELUGOR PADA MAT SABU

MAT SABU 4 BUKIT GELUGOR. ..

Bahagian kedua. .

Maka atas nama setiakawan DAP sepatutnya meminjamkan kerusi ini kepada Pas untuk tempoh baki penggal sebelum PRU ke 14 sebagai satu tanda kepercayaan kepada Pas yang selama ini di momokkan oleh Barisan Nasional sebagai parti tunggangan Dap. ..

Kekurangan satu kerusi DAP di Parlimen tidak sedikit pun menjejaskan majoriti kerusi Parlimen Dap dalam Pakatan rakyat di dalam dewan rakyat dan kelebihan satu kerusi Pas juga tidak menjadikan kerusi Pas di dalam parlimen sebagai majoriti dalam pakatan rakyat. ..

Malah Dap akan lebih di hormati oleh rakyat khususnya penyokong pakatan rakyat bilamana Dap lebih utamakan setiakawan daripada kerusi ahli parlimen miliknya.

Ini secara tidak langsung menafikan tuduhan umno selama ini bahawa Dap adalah sebuah parti ultra cina dan anti orang melayu.

Maka dengan itu calon yang paling sesuai untuk memikul tanggungjawab ini ialah orang yang paling rapat dengan Dap iaitu timbalan presiden Pas Mohammad Sabu kerana. ....

Bersambung. ..

DAP TAWAR KERUSI PADA MAT SABU DI BUKIT GELUGOR

MAT SABU 4 BUKIT GELUGOR. - Bahagian pertama

Pertamanya ucapan salam takziah kepada keluarga mendiang Karpal Singh yang baru saja meninggal kan kita pada awal pagi ini...

Karpal Singh seorang tokoh politik yang di segani oleh lawan dan kawan. Seorang ahli undang undang yang meletakkan namanya di ranking paling tinggi dalam bidang guaman di Malaysia meninggalkan kita dengan seribu kenangan. ...

Sudah pasti satu pilihan raya kecil akan di adakan selepas ini bagi mengisi kekosongan kerusi parlimen yang mendiang tinggalkan. .

Seperti sedia maklum Karpal sebelum ini lantang dalam menentang cita cita sekutu parti nya dalam Pakatan Rakyat iaitu Pas untuk mendirikan negara islam.

Sedikit sebanyak kesan dari sikap mendiang Karpal terhadap cita cita Pas ini telah mendatangkan rasa tidak puas hati kepada ahli dan penyokong pas malah ianya juga telah menyebabkan sedikit pergeseran di dalam pakatan rakyat di antara Pas dan Dap...

Isu ini di gunakan sepenuhnya oleh Barisan Nasional dan media bagi melaga lagakan pemimpin antara kedua parti ini agar tidak bersama sama lagi dalam pakatan rakyat. ..

Persahabatan antara Pas dan Dap dalah satu igauan yang tidak pernah terpikir sebelum wujudnya pakatan rakyat atau sebelum itu Barisan Alternatif. .

Strategi pecah dan perintah antara kaum sejak dari awal kemerdekaan hinggalah ke hari ini adalah senjata paling angkuh yang di gunakan oleh kerajaan barisan nasional. Pas yang kebetulan di anggotai oleh majoriti orang melayu dan begitu juha Dap yang di anggotai oleh majoriti orang cina sebenarnya adalah satu keuntungan politik kepada kelangsungan politik barisan nasional. .

Adalah mustahil Pas akan menjadi pemerintah tanpa ada sokongan dari berbagai kaum. Walaupun Pas bukannya sebuah parti perkauman tapi ianya hanya mendapat sokongan dari orang orang melayu sebelum ini dan begitu juga sebaliknya bagi Dap. ..

Kelangsungan kedua dua parti ini dalam pakatan rakyat adalah amat penting dalam usaha melangkaui strategi politik pecah dan perintah barisan nasional yang menyebabkan parti ini terus unggul menguasai kerajaan sehingga ke hari ini...

Maka....

Bersambung

Blackend Is The End

Dyers Eve