Blackend Is The End

Ahad, 4 Mei 2014

BUKIT GELUGOR BUKTI SEMANGAT SETIAKAWAN DAP UNTUK TERUS BERSAMA PAS DALAM PAKATAN RAKYAT

MAT SABU JEMBATAN SETIAKAWAN PAS DAN DAP

Setelah seminggu page Mat Sabu FC ini mengutarakan cadangan agar calon Bukit Gelugor di letakkan Mat Sabu sebagai wakil Pakatan Rakyat di situ kami telah menerima ratusan respon dari pembaca . Hampir keseluruhan pembaca telah menyatakan sokongan terhadap idea yang kami lontarkan ini.

Sudah pasti lontaran ini sedikit sebanyak ianya telah di baca oleh pimpinan Dap dan tidak mustahil ianya juga di perkatakan oleh mereka sama ada secara rasmi atau tidak. Soal setuju atau tidak pro atau kontra adalah hak masing masing untuk membuat penilaian.

Keputusan memIlih calon di kerusi tradisi Dap ini adalah hak muktlak ahli dan pimpinan tertinggi Dap, dan setiap keputusan yang mereka buat tidak boleh di pertikaikan oleh mana mana parti dalam Pakatan rakyat mahupun dalam Barsian Nasional apatah lagi kami di page Mat Sabu FC ini.

Kami hanyalah mampu melonjakkan idea ini agar ianya di beri perhatian untuk di bincangkan oleh orang ramai dan mengharapkan satu tindakan luar biasa oleh Dap dengan meletakkan Mat Sabu sebagai calon mereka di Bukit Gelugor.

Soal mengapa Mat Sabu perlu berada di parlimen adalah sangat subjektif dan setiap orang akan punya jawapan yang tersendiri untuk persoalan ini. Persoalan yang besar dari itu ialah bagaimana Mat Sabu boleh ke parlimen. Di saat parlimen kehilangan mendiang Karpal Singh dan di saat parlimen mungkin akan kehilangan Ketua Pembangkang dan di ketika parlimen di lihat lesu dengan wakil wakil baru Pakatan Rakyat maka bagi kami adalah sanggat perlu Mat Sabu kembali beraksi semula di parlimen.

Ini bukan dari desakan Pas, ini adalah dari desakan rakyat yang mahukan Mat Sabu meneruskan kepetahan dan kehebatan mendiang Karpal Singh di parlimen. Sama ada Mat Sabu bertanding atas tiket Pas atau Dap bukanlah satu persoalan yang sangat rumit kerana DAP sendiri pernah memohon untuk bertanding mengunakan logo Pas sewaktu hamper pilihanraya lalu kerana ura ura pendaftaran Dap tidak sah dan tidak boleh mengunakan logo sendiri untuk bertanding di dalam pilihanraya.

Pas bukan saja tidak mempunyai masalah untuk Dap bertanding atas tiketnya malah pas juga secara rasmi melalui setiausaha agungnya telah mengeluarkan sijil tauliah semua calon Dap bertanding atas logo Pas. Maka bukanlah satu perkara yang sangat pelik sekiranya Mat Sabu bertanding mengunakan logo Dap. Mat Sabu tetap wakil Pas walaupun bertanding atas tiket Dap tetapi yang paling penting mat Sabu adalah wakil kepada Pakatan Rakyat secara keseluruhannya.

Kerusi Bukit Gelugor tetap milik Dap untuk selama lamanya, tidak timbul soal kerusi ini akan bertukar tangan kepada Pas dan Mat Sabu juga hanya akan berada di kerusi ini hanyalah untuk sepenggal sebelum bubarnya parlimen nanti. Ianya hanyalah satu pinjaman untuk membawa suara Mat Sabu ke parlimen. Suara Mat Sabu adalah suara Bukit Gelugor di parlimen.

Dap akan di pandang tinggi kesetian dan toleransinya kepada Pakatan Rakyat sekiranya perkara ini berlaku dan Dap akan melenyapkan seluruh persepsi orang orang melayu terutamanya di Pulau Pinang kononnya parti ini membuli dan tidak memberi peluang kepada Pas untuk sama sama mentadbir Pulau Pinang.

Walau apa pun keputusan tetap hak milik mutlak Dap namun kita yakin pemimpin Dap adalah dari kalangan mereka mereka yang cerdik dan bijak pandai. Kami dari kelab penyokong Mat Sabu berdoa agar perkara ini di bincangkan dan setiap keputusan wajib di hormati oleh semua.

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve