To Live Is to Die

free counters

Jumaat, 13 Jun 2014

PULAU PINANG BALDATUN TAYYIBATUN WA RABUN GHAFUR...



Dalam satu kajian akedemik, Ireland adalah Negara yang paling islamik di dalam dunia dalam melaksanakan nilai yang terdapat dalam al-Quran, berbanding negara yang ramai penduduk Islam yang di ikuti oleh Denmark, Sweden dan UK.

Dalam menjalankan kajian itu, kedua-dua penyelidik mengguna pakai kesempurnaan dalam Islam terhadap pencapaian ekonomi masyarakat, pentadbiran, hak asasi manusia dan politik serta hubungan antarabangsa sesebuah negara.

Dalam indeks itu, pencapaian negara Islam amat buruk dan kebanyakan negara yang mendakwa Islam dan digelar Islam tidak bersikap adil, rasuah dan tidak membangun. Mereka pada hakikatnya tidak ‘Islamik’ dalam semua perkara.

Lebih hebat lagi Singapura berada di dalam 10 negara yang menerap nilai nilai Islam dalam pentadbirannya sebaris dengan Ireland, Denmark, Luxembourg, Sweden, United Kingdom, New Zealand , Finland, Norway dan Belgium

Dan inilah hakikatnya yang perlu umat Islam terima, bukan dengan beralasan bodoh “Mereka baik sekalipun mati tetap masuk neraka dan kita buruk bagaimanapun mati tetap masuk syurga. Inilah doktrin paling bodoh yang di serapkan kedalam kepala otak orang melayu Islam yang membuat orang melayu Islam hidupnya lenggang lenggok kerana sudah di janjikan syurga bagi mereka.

Di Malaysia sendiri umat Islam kuat dengan retorik, slogan, dan alasan Itu ini begitu begini. Membangun bersama islam itu bagus tapi tingkah laku dan usaha ke arah membangun bersama Islam hanya di bibir dan beretorik serta berselogan untuk meraih undi sahaja. Kota Baru Bandaraya Islam tapi persekitarannya tidak mengambarkan ciri ciri yang islam mahu untuk menjadi sebuah bandaraya Islam.

Sedangkan negeri yang bukan di tadbir oleh orang islam setiap masa mencorak dan mengorak langkah ke arah negeri yang membangun bersama islam. Dari berbagai segi Pulau Pinang yang di perintah parti kapir jauh meninggalkan Kelantan yang di perintah parti islam dalam perlaksanaan dasar dasar Islam tapi apakan daya kata mereka Lim Guan Eng baik macam mana punmati masuk neraka tapi Nik amar bodo macam mana pun mati masuk syurga lalu biarkanlah

SAMAN TRAFIK : KITA TAK PERLU BAYAR




Saya ingin menarik perhatian SAC Hj. Mohd Fuad Abd Latif, Ketua Trafik Pasukan PDRM, Jabatan Pengangkutan Jalan [JPJ], Kementerian Pengangkutan, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Peguam Negara dan seluruh rakyat Malaysia berkaitan pengumuman operasi besar-besaran bagi mengesan “pesalah trafik yang enggan menyelesaikan kira-kira 1.9 juta saman “tertunggak” dan waran tangkap yang belum diselesaikan yang diumumkan dalam siaran media PDRM pada 11 JUN 2014.

Sila rujuk kepada mana-mana perundangan samada Kanun Tatacara Jenayah atau pun Akta Pengangkutan Jalan 1987 berkaitan saman dan waran tangkap nescaya perkara berkaitan “saman tertunggak” dan waran tangkap yang belum selesai ini tidak akan berbangkit.

Saya tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan “saman tertunggak”. Jumlah kira-kira 1.9 juta “saman tertunggak” itu adakah “saman” atau “notis”? Saya mohon SAC Hj. Mohd Fuad Abd Latif jelaskan kepada masyarakat apa status sebenarnya.

Sudah acap kali saya jelaskan sebelum ini malah telah beberapa kali juga saya mencabar Pemangku Menteri Pengangkutan atau Peguam Negara atau Ketua Pengarah JPJ atau sesiapa sahaja yang berkaitan untuk membuktikan kepada saya kewajipan membayar saman dan kewajipan membayar kompaun selagi tidak diputuskan oleh Mahkamah. Jika ada peruntukkan mewajibkan kompaun dan saman dibayar, saya bersedia untuk membayar semua kompaun dan saman yang telah dikeluarkan, sebaliknya jika tiada maka saya memohon dilupuskan saman-saman lapuk yang telah dikeluarkan dan hentikan sebarang ugutan kepada pengguna. Sehingga hari ini tiada sebarang respon cabaran saya tersebut.

Untuk kesekian kalinya saya ingin maklumkan bahawa saman ialah notis meminta orang yang disaman hadir ke mahkamah dan kompaun hanyalah suatu tawaran penyelesaian bukan suatu kewajipan untuk membayar. Saman bukan seperti invois yang wajib dibayar yang mana kegagalan membayar dianggap hutang yang tertunggak.

Malah melabel penerima saman sebagai pesalah trafik juga adalah suatu label yang pra-matang dan tidak bertanggungjawab. Saman bukan bukti kesalahan. Setiap penerima saman bukan pesalah melainkan Mahkamah memutuskan mereka bersalah melakukan kesalahan. “Seseorang itu tidak bersalah melainkan dibuktikan bersalah”.

Saya tidak menentang sebarang penguatkuasaan undang-undang tetapi untuk menguatkuasakan undang-undang juga perlu mengikut undang-undang. Pihak berkuasa undang-undang tidak boleh sewenang-wenang menguatkuasakan undang-undang tanpa mereka terlebih dahulu mengikut undang-undang. Yang dituduh melakukan kesalahan perlu dihadapkan ke mahkamah untuk diadili. Jika mereka mengambil pilihan membayar tawaran kompaun, itu hak yang diberikan kepada mereka. Jika mereka tidak membayar tawaran kompaun, itu juga hak yang diberikan oleh undang-undang kepada mereka.

Saman tidak akan tertunggak jika semua saman dibawa ke Mahkamah untuk diadili. Jika penerima saman hadir Mahkamah dan mengaku salah, maka Mahkamah akan perintahkan membayar denda. Selesai saman. Jika penerima saman tidak hadir Mahkamah maka waran tangkap dikeluarkan supaya penerima ditangkap dan dibawa ke Mahkamah. Apabila ditangkap dan dibawa ke Mahkamah, maka proses yang sama berjalan. Jika penerima saman mengaku salah, maka Mahkamah perintahkan hukuman denda dan sebagainya. Selesai saman. Tiada tertunggak.

Polis keluarkan saman kemudian saman tersebut tidak dibawa ke Mahkamah. Apabila bertimbun saman dalam simpanan Polis maka dituduh dan dilabel penerima saman enggan selesaikan saman menyebabkan saman tertunggak. Yang menyebabkan saman tertunggak itu pihak berkuasa bukan yang menerima saman. Anda tidak buat kerja jangan salahkan orang lain.

Bagi menyelesaikan isu ini, saya cadangkan kepada PDRM atau JPJ untuk membawa semua saman dan daftarkan di mahkamah berkenaan. Apabila saman didaftarkan di mahkamah, saya percaya tidak akan timbul lagi isu ini. Kita hidup berpandukan undang-undang. Gunakan saluran undang-undang yang betul dan jangan jadi ketam.

ZULHAZMI SHARIFF
Timbalan Pengarah
Badan Mobilisasi Rakyat
Dewan Pemuda Pas Pusat
12 JUN 2014 / 14 Syaaban 1435

Blackend Is The End

Dyers Eve