To Live Is to Die

free counters

Jumaat, 22 Ogos 2014

KEMBARA DI BUMI ARAB (Bahagian 7) – Bertemu Duta Pas di Dubai





Pulang dari Oman kami terus ke Lapangan Terbang Dubai untuk menghantar seorang tetamu Peguam Kamal yang mahu pulang ke Malaysia dan dari airport kami singgah di sebuah uptown yang berhampiran dengan airport tersebut.

Mirdif Uptwon terletak kira kira 10 minit perjalanan dari airport. Uptown ini tidaklah seperti yang aku gambarkan di dalam kepala otak umpama uptown Bandar Perda ataupun Danau Kota. Ia di penuhi dengan kedai kedai dan restoran mewah dan pengujungnya tidaklah sesesak pengujung uptown Bandar Perda.

Cuaca malam amat sejuk sekali bagi aku yang sedang mengalami kejutan budaya ini. Jam menunjukan pukul 8.00 malam bermakna waktu Malaysia sudah pun berkumpul jarum pada angka 12. Sebenarnya aku punya temujanji dengan seorang warga Malaysia yang tinggal di sana.

Hasnol Mohd Yunus sudah 15 tahun menetap dan mencari rezeki di Dubai. Beliau dan beberapa teman di sana bertanggungjawab menyambut kehadiran pimpinan Pas dan Pakatan Rakyat yang datang ke UAE.

Tidak pulak aku bertanyakan kerjayanya di sana tapi apa yang aku tahu beliau merupakan antara 6 keluarga yang tinggal di UAE yang mengasaskan MY-UAE iaitu persatuan rakyat Malaysia di UAE dan beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Naib Presiden My-UAE.

Mohd Hasnol juga merupakan wakil Yayasan Amal di Malaysia iaitu salah satu organisasi di bawah Pas. Di samping itu beliau juga mengusahakan laman portal Halal Industri iaitu sebuah portal yang memaparkan artikal dan berita dari Isdustri seperti Islamik Banking, Halal Lifestyle, Halal Tourism dan Halal Food. Ringkasnya apa saja berkaitan dengan ekonomi halal.

Aku , Mohd Hasnol Mohd Yunus dan Peguam Kamal Hisham Jaafar melepak di sebuah stall menjual minuman dan makanan ringan di tengah tengah uptown. Dari satu cawan ke satu cawan, cuaca sejuk pula dengan cepat menyejukan minuman panas yang kami minum.

Aku yang jahil politik ini terpaksa berlagak alim politik bila berbicara dengan orang cerdik pandai seperti Hasnol dan Peguam kamal. Dari satu isu ke satu isu politik Malaysia kami kupas. Kamilah panel kamilah moderator dan kamilah pendengarnya. Jam sudahpun 12 malam, ini bermakna bagi mata aku yang baru 4 hari berada di tanah arab sudahpun jam 4 pagi. Sangat mengantuk dan perlu pulang ke hotel.

Masa yang cukup terhad membuat aku belum puas berkongsi cerita dengan Hasnol. Namun isi cerita perjumpaan kami tidaklah mahu aku siarkan kerana aku pun dah lupa apa yang kami bicarakan pada malam itu..

Bersambung…

Anda boleh ikuti portal yang di kendalikan oleh saudara Hasnol di sini http://halalquest.com/

TEKS KHUTBAH JUMAAT TANPA DOA UNTUK SULTAN

Bila kita masuk perpustakaan atau kedai kedai buku paling banyak kita jumpa buku buku dalam bahasa melayu ialah Novel cinta. Amat sukar untuk mencari buku buku rujukan dalam bahasa melayu. Bila kita buka radio lagu yang paling banyak kita dengar ialah lagu lagu cinta yang meleret leret meluahkan rasa hati kecewa dalam percintaan.

Amat suka kita dengar lagu lagu bercorat perjuangan yang di siarkan di dalam radio. Bila kita buka TV kita akan di sajikan dengan drama drama melayu yang mengisahkan percintaan. Amat jarang kita dapat saksikan drama drama yang boleh membawa kita berfikir.

Seni penulisan, muzik dan dan pementasan adalah sebahagian daripada kebangkitan rakyat. 3 perkara ini adalah berkaiatan dengan pendidikan dan propaganda.

Di zaman sebelum kemerdekaan penulis penulis mengunakan bahan bacaan sebagai memberi kesedaran kepada rakyat. Ramai wartawan dan sasterawan terlibat dalam penulisan dalam berbagai bentuk seperti novel, cerpen, puisi bagi meniupkan rasa semangat menuntut kemerdekaan.

Di barat muzik adalah pencetus kepada kebangkitan rakyat. Rock, blues, raggey, punk, ska dan berbagai jenis music adalah salah satu cara mereka menyampaikan mesej kepada pemerintah Lirik lirik lagu tidak di sumbatkan dengan ayat ayat cinta kepada wanita.

Golongan kiri pula membuat permentasan drama di kampong kampong mengenai isu isu semasa bagi memberi kesedaran kepada rakyat.

Pemerintah sedar akan hakikat 3 perkara ini tapi pemerintah tidak menghalang 3 perkara ini untuk terus ada dalam masyarakat, cumanya 3 perkara ini di tukar dari kisah perjuangan kepada berkisar kepada kisah percintaan. Maka sampai tualah orang melayu terus khayal dengan alam percintaan.

Saya akhiri khutbah hari ini dengan mutiara kata dari Tuan Guru Awie Wings,

“ kononnya rock tapi jiwa jiwa,
seluar koyak main cinta,
menangis dengar lagu cinta”..

Blackend Is The End

Dyers Eve