To Live Is to Die

free counters

Rabu, 18 Mac 2015

MAT SABU - Bahagian 1

MAT SABU – Bahagian 1

Ketika Mohd Sabu menyatakan akan mempertahankan jawatan timbalan Presiden pada pemilhan Pas 2 tahun yang lalu kami kawan kawan blogger secara bedepan dengannya mengatakan padanya untuk apalah Abg Mat nak duduk dalam Pas lagi kalau setiap hari di fitnah yang bukan bukan oleh ahli Pas sendiri.

Mat Sabu jawab kembali “kalau 30 tahun dulu sebelum saya masuk Pas kamu kata macam ni mungkin saya akan fikirkan tapi diri saya kini berdarah daging dengan Pas, biarlah susah senang dan hidup mati bersama Pas”
Inlah Mohd Sabu atau lebih di kenali dengan Mat Sabu dan panggilan mesranya Abang Mat, seorang tokoh lama dalam Pas yang telah sekian lama berjuang bersama Pas sejak zaman kemalapan Pas di mana parti ini tidak ada apa apa hinggalah ke hari ini di mana Pas sudah punya ramai ahli dan penyokong.

Mat Sabu adalah antara orang yang memainkan peranan besar dalam membawa idea kepimpinan ulama ketika beliau menjadi pimpinan pemuda Pas satu ketika dulu tapi akhirnya apabila idea yang beliau bawa ini sudah menjadi teras kepada parti Pas beliau pula di tuduh sebagai seorang yang menentang ulama.

Blackend Is The End

Dyers Eve