To Live Is to Die

free counters

Ahad, 26 April 2015

1MDB : PUSARA RAKYAT BUAT NAJIB

Siapa Jho Low dan kenapa individu ini secara tiba-tiba menjadi begitu penting dalam urusan pentadbiran negara?.Apa yang jadi pada wang tunai milik 1MDB di Kepulauan Cayman?.Ke mana perginya 42 billion milik 1MDB?’ Demikianlah rentak irama yang berkumandang di dada-dada akhbar,baik cetak mahupun elektronik mutakhir ini.Pelantun suaranya pula bukan calang-calang “powerfull person” tetapi juga dianggap sebagai “mastermind” dalam pembentukan negara Malaysia moden,iaitu Tun Mahathir.
   .Penyelewengan 1MDB bukan sahaja mengulangi penyelewengan projek PKFZ yang bernilai rm12 billion malahan jumlahnya jauh lebih besar dan memberi liability yang bukan sedikit pada kantung wang negara. Rakyat mahu tahu apa relevannya 1MDB ini.Ya,para warga tua di luar bandar malah sebahagian besar anak muda tidak tahu dan ada yang tidak mahu ambil tahu pun tentang 1MDB ini,tetapi apabila melibatkan sejumlah mega besar duit pembayar cukai yakni rakyat,maka setiap rakyat berhak mengetahui kemana wang mereka mengalir  ke atas nama maha projek sekalipun.
     Cukup-cukuplah rakyat diperbodohkan,dizalimi,dikhianati dengan puluhan billion duit mereka yang lesap entah kemana.Projek lembu NFC,Skandal Eric Chia dan Perwaja,PKFZ,dan puluhan lagi ketirisan yang di dedah saban tahun (namun tiada tindakan di ambil?sekadar bentang audit?).CUKUPLAH!.Biarlah skandal 1MDB ini menjadi mimpi ngeri terakhir buat kita seluruh rakyat Malaysia khasnya.
     Separuh nyawa kita membanting tulang,idea,dan tenaga untuk membayar harga sebuah pengkhianatan yang dicurahkan dengan pelbagai cukai yang cukup membuktikan bahawasanya “Kerajaan kita sudah makin tiada duit!’.Ini Kalilah!.Ya,ini kalilah kita tumbangkan keangkuhan mereka.Untuk terakhir kalinya,marilah kita melihat ke wajah anak-anak kita.Apakah kita sanggup membiarkan masa depan mereka terus sngsara di bawah rejim aparat?.
    Percayalah,Barisan Nasional akan menghancurkan negara sekiranya terus dibiarkan di atas pundak kuasa.Tukar,Ubah,Reform,Ini Kalilah,walau apa jua slogan kita,walau berbeza jarak idologi dan pendapat kita,UMNO Barisan Nasional wajib ditumbang dan segala pengkhianat harus dihumban.


Masa depan kita di tangan kita.Lawan tetap lawan!.

Blackend Is The End

Dyers Eve