Blackend Is The End

Ahad, 26 April 2015

BOIKOT PILIHANRAYA: BENARKAH KERANA HUDUD

BOIKOT PILIHANRAYA: BENARKAH KERANA HUDUD

Polimik Pemuda Pas Pulau Pinang terhadap kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh berterusan sehingga hari ini walaupun di peringkat Pas Pusat dan Pas Pulau Pinang telah pun di selesaikan oleh kedua dua pemimpin tertinggi parti ini.

Dalam kenyataan terbaru Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang (masih boleh di sahkan kesahihannya) Yusni Mat Piah yang hilang deposit kerana hanya mendapat 690 undi sahaja dari lebih 16 ribu pengundi berkata tempoh permohonan maaf telah pun  berakhir.

Sebenarnya isu boikot pilihanraya oleh Pas terhadap calon calon PKR bukanlah perkara baru cumanya sama ada ianya di nyatakan secara umum ataupun di lakukan senyap senyap dan ianya berlaku di setiap negeri.

Dalam pilihanraya kecil yang di tandingi Anwar pada tahun 2008 misalnya pemuda Pas Pulau Pinang di bawah Hafiz Nordin telah pun secara terang terangan mengarahkan pemuda Pas Pulau Pinang agar memboikot prk tersebut walaupun tidak timbul sama sekali isu hudud pada ketika itu.

Ramai pengundi pengundi luar yang di pindahkan ke Permatang Pasir tidak keluar mengundi kerana ada di kalangan ahli Pas yang pro umno di amanahkan memegang senarai nama pengundi luar tidak mahu membawa keluar pengundi terutamanya dari kalangan warga tua dan wanita keluar mengundi walaupun wang petrol kereta pembawa pengundi telah pun di berikan.

Kumpulan ahli Pas yang pro umno ini sememangnya sangat benci kepada Anwar, Pkr dan orang bukan Islam sejak dari pilihanraya 1999 lagi.

Malah kumpulan ini juga mula timbulkan rasa kebencian ahli Pas kepada adun Pas Permtang Pasir pada ketika itu Allahyarham Hamdan Abdul Rahman kerana bagi mereka Adun Pas ini menyokong parti PKR yang secular sehinggakan Allahyarham juga telah di boikot sehingga menyebabkan dalam PRU 2008 Pas hanya menang dengan majority kurang dari 600 undi.

Kumpulan Pas pro Umno ini sebenarnya hanya menjadikan isu hudud sebagai alasan kukuh mereka untuk berkempen secara terbuka agar Pas memboikot pilihanraya ini sedangkan mereka sebenarnya sudah sekian lama tidak pernah mengundi PKR di Permatang Pauh.

Dendam terhadap PKR oleh kumpulan Pas pro Umno ini semakin membuak buak apabila Ketua Pemuda Pas Yusni Mat Piah kalah dengan amat memalukan dalam pertandingan 3 penjuru di Sungai Aceh sedangkan musuh mereka PKR mendapat undi  21 kali ganda dari Yusni Mat Piah.

Kekalahan yang sangat memalukan kumpulan Pas Pro Umno ini telah membuktikan bahawa mereka tidak mendapat sokongan daripada rakyat walaupun bersungguh sungguh berkempen bersama Umno untuk mengalahkan PKR di Sungai Acheh.

Inilah isu sebenarnya iaitu dendam kesumat yang tidak ada akhirnya terhadap Anwar, PKR dan orang bukan Islam dan menjadikan hudud sebagai alat kepada kepentingan nafsu mereka.

Percayalah walau pemimpin PKR bersumpah dengan nama Tuhan sekali pun bahawa mereka menyokong hudud kumpulan Pas Pro Umno seperti Pemuda Pas Pulau Pinang sama sekali tidak juga akan mengundi PKR atau mana mana parti yang bagi mereka selain dari Pas semuanya kafir.

Maka biarkanlah mereka dengan kerja kerja mereka kerana hanya yang mahu jalan ke belakang saja yang akan bersama sama mereka.

Mengharapkan orang yang berjalan kebelakang untuk sampai kepada kita adalah sangat mustahil kecuali kita turut sama berjalan ke belakang.

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve