Blackend Is The End

Khamis, 23 April 2015

KWSP PERLUAS KAUNTER KHIDMAT NASIHAT PERSARAAN

KWSP Perluaskan Perkhidmatan dengan Khidmat Nasihat Persaraan.

Semasa menjawab soalan wartawan dalam sidang media program KWSP bersama Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, timbalan CEO operasi KWSP Malaysia, Datuk Naim menjelaskan bahawa skim khidmat nasihat persaraan ini telah pun dimulakan sejak Julai 2014 dengan kaunter pusatnya beroperasi di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur bagi sementara waktu dan bakal diperluaskan ke seluruh negara menjelang awal 2017.

       Skim khidmat tersebut menurutnya akan membantu para pekerja daripada semua sektor kerajaan dan swasta mendapatkan khidmat nasihat mengenai pengurusan,kaedah pengeluaran dan sebarang pertanyaan yang relevan mengenai akaun simpanan mereka.

Menambah kenyataan beliau,Datuk Ahmad Maslan pula menjelaskan pembukaan kaunter tersebut akan lebih memudahkan para pemegang akaun simpanan KWSP merancang dengan lebih baik untuk persediaan persaraan mereka.

     Beliau turut menambah KWSP menurutnya telah memperuntukkan 4.5 billion setiap bulan dengan sejumlah 2.38 billion dikeluarkan para pencarum setiap bulan atas pelbagai tujuan.

Dalam pada itu,Datuk Ahmad Maslan turut menyampaikan khabar daripada Perdana Menteri terhadap isu cadangan menaikkan had umur pengeluaran akaun pencarum kepada umur 60 tahun dengan kata beliau PM telah membuat ketetapan mengekalkan had usia pengeluaran pada umur 55 dan sekiranya caruman disambung selepas usia 55 barulah pengeluaran seterusnya adalah pada usia 60 tahun.

     


Begitupun,dalam seidang media yang sama Ahmad Maslan mengelak untuk menjawab soalan daripada wartawan berkaitan GST dan memberi komen tidak akan melayan sebarang soalan mengenai kontroversi cukai tersebut.

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve