To Live Is to Die

free counters

Khamis, 23 April 2015

UMNO BERI LALUAN MUDAH KEPADA PKR DI PERMATANG PAUH

Umno yang pada awalnya di lihat penuh keyakinan memasuki pilihanraya kecil Permatang Pauh akhirnya telah menjadi haru biri setelah beberapa nama calon yang telah di senaraikan oleh Ketua Bahagaian telah menjadi pertikaian dalam umno itu sendiri.

Jika sebelum ini setiap kali berlakunya pilihanraya sudah menjadi lumrah di dalam umno berebut menawarkan diri untuk menjadi calon tetapi kali ini perkara yang sebaliknya pula berlaku bila mana Ketua bahagian yang sepatutnya menamakan dirinya sendiri sebagi calon telah cuba mengelak dari menjadi calon.
 
Namun begitu walaupun Dato Zaidi atau lebih  di kenali sebagai Cikgu Zaidi di lihat cuba mengelak untuk menjadi calon tetapi beliau telah sedaya upaya mahu proksi proksinya di pilih oleh pimpinan tertinggi Umno untuk menjadi calon BN di Permatang Pauh.

Selepas nama cikgu Hassan yang paling awal berada di atas tergelincir, cikgu Zaidi menamakan seorang peguam muda yang juga proksinya sebagai calon tetapi berita yang terkini dan di katakan berita ini sudah pun menjadi kesahihan, calon yang pasti akan di umumkan nanti ialah setiausahanya sendiri iaitu Suhaimi Shahbudin

Suhaimi adalah orang kepercayaannya sejak dari zaman pemuda hinggalah ke hari ini di lantik menjadi setiausaha Umno Bahagian bukan saja sangat tidak popular di kalangan senarai calon seperti Cikgu Hassan dan cikgu Zaidi itu sendiri malah menurut runggutan orang orang umno peluang umno untuk merampas atau sekurang kurangnya mengurangkan majority PKR di Permatang Pauh hanya tinggal kenangan.

Kata mereka Suhaimi bukan saja tidak di kenali lansung oleh penduduk Permatang Pauh malah di dalam umno beliau juga tidak mempunyai apa apa jasa melainkan hanya berjasa kepada ketuanya Cikgu zaidi sejak sekian lama.

Seorang ahli veteran umno pula berkata sejak dari 1999 apabila Umno hilang kerusi Permatang Pauh mereka telah bersusah payah dengan berbagai usaha untuk merampas kembali kerusi ini dan PRK kali ini mereka cukup yakin dengan berbagai isu yang ada di dalam PKR kerusi ini dapat di rampas kembali tetapi mereka sangat kecewa atas pemilihan calon yang lansung tidak ada ciri ciri kepada kemenagan Umno/Bn.

Kata mereka dengan nada kecewa seolah menyidir Ketua bahagian, “Kalau dulu kita bangkit menentang Anwar habis habisan dalam setiap kali pilihanraya tapi kali ini PKR akan membuat laluan mudah memenangi pilihanraya kecil ini, ikut suka Dato Ketua Bahagianlah sebab kami sudah tidak mahu ambil tahu lagi dan jangan sampai kami serta anak anak buah kami tidak keluar mengundi”


Apakah punca sebenar cikgu Zaidi bersungguh sungguh tidak mahu namanya di calonkan tetapi berkeras mahu nama orang lain di calonkan…. Tunggu pukul 3 punya posting sambungan pulak.

Blackend Is The End

Dyers Eve