To Live Is to Die

free counters

Ahad, 13 Disember 2015

KEMBARA DI BUMI KEMBOJA - Part 1

Kemboja adalah sejenis bunga di mana pokoknya di tanam di kawasan kawasan perkuburun kerana mekarnya di pagi hari dan baunya menyenangkan.

Namum tidak pasti pula kenapakah Negara Kemboja di namakan kemboja sama ada ianya adalah perkataan yang di melayukan daripada namanya Combodia atau sememangnya nama negara ini adalah bermaksud bunga kemboja.

Pengalaman melintasi sempada Kemboja dalam trip Seniman Jalanan Jelajah Bumi Siam bersama Osman Tikus Pyanhabib Rahman pada minggu lepas memang agak menarik kerana inilah pertama kali melihat sendiri betapa ketinggalannya negara yang pernah menjadi penakluk kepada negara negara Indochina pada satu ketika dulu.

Sebaik saja keluar dari imegresen Thailand anda akan terus di dekati oleh ulat ulat yang mahu mengambil upah mengisi borang border, mereka ini akan mengikut anda kemana saja anda pergi walaupun kita tidak melayan.

Jika di pintu pintu masuk negara anda menyaksikan deretan kereta atau lori berbaris untuk cop passport tapi di sempadan Aran Kemboja ini pula anda akan saksikan tidak ada kereta atau lori (kalau ada sangat sedikit) tapi yang ada hanyalah kereta tarik (seperti dalam gambar) yang mengunakan tenaga manusia berbaris panjang untuk melepasi sempadan imegresen.

Bersambung....













Blackend Is The End

Dyers Eve