To Live Is to Die

free counters

Ahad, 13 Disember 2015

KEMBARA DI BUMI KEMBOJA = Part 2

KEMBOJA - Part 2

Sebaik saja memasuki sempadan negara Kemboja anda bukan saja akan melihat permandangan yang cukup berbeza dengan Thailand walaupun hanya sebelah meneyebelah malah anda juga akan di ikuti oleh ulat mencari makan dengan cubaan menipu.

Kalau di pintu masuk ke Thailand seperti Danok dan Golok setiap borang "arival" akan di kenakan seringgit oleh pegawai imegeren tapi di pintu masukkemboja ini ulat ulat ini akan meminta anda sebanyak RM50.00 setiap seorang atas nama upah mengisi borang tersebut.

Lebih dasyat lagi apabila anda buat tidak peduli kepada mereka maka mereka akan tunjukkan arah ke pegawai polis imegresen yang sedang bertugas konon kononnya untuk meyakinkan kita bahawa cas sebanyak itu memangnya betul dan bukan penipuan.

Namun lagi mengejutkan ialah pegawai polis imegresen tersebut pun sebenarnya telah bersekongkol dengan ulat ulat ini. Dengan mengunakan unform polis imegresen di tubuhnya pegawai polis imegresen ini telah menyalahgunakan kuasanya meminta wang daripada pelancung jika hendak mengisi borang tersebut.

Setelah kami membantah dan tidak mahu membayar wang tersebut kerana untuk mengisi borang tersebut sememangnya tidak di kenakan apa apa bayaran lalu si ulat tadi menunjukkan kami jalan keluar dari Kemboja dengan harapan kami berubah fikiran untuk juga apa yang mereka minta.

Oleh kerana kami terus menerus berkeras dan tidak pedulikan dengan cubaan menipu ulat dan pegawai polis tersebut mereka tidak boleh berbuat apa apa dan membiarkan saja kami berlalu dari situ menuju ke plaza imegresen.

Begitu juga semasa hendak chop passport waktu keluar kami juga di datangi oleh pegawai polis meminta RM20.00 untuk mereka tolong cepatkan proses tersebut.

Bersambung...









Blackend Is The End

Dyers Eve