To Live Is to Die

free counters

Ahad, 13 Disember 2015

KEMBARA DI BUMI KEMBOJA - Part 4

KEMBOJA Part 4

Selesai saja urusan passport di imegresen yang mengambil masa kira kira hampir sejam kami terus keluar dari tempat tersebut. Sebaik saja keluar kami di datangi pula oleh pemandu tut tut yang menawarkan perkhikmatan mereka membawa pelancung ke mana mana destinasi.

Untuk meronda di sekitar pecan tersebut anda akan di kenakan bayaran sebanyak RM40.00 di mana sebuah tut tut boleh di naiki seramai 4 hingga 5 orang.

Di celah celah itu juga akan datang pengemis meminta sedekah dari anda. Jika pegawai kerajaan di sana meminta wang dengan menandah tangan tapi pengemis pula meminta wang dari anda dengan sambil melutut dan menyembah anda untuk mendapatkan simpati dari pelancung.

Pengemis di kalangan kanak kanak pula akan mengikut anda ke mana saja sambil memegang seluar anda sambil merayu rayu agar di beri wang kepadanya. Mungkin anak anak ini di ajar agar terus merayu dan jangan lepaskan seluar pelancung selagi tidak di beri wang.

Kanak kanak ini akan berjalan mengikut anda selagi anda tidak memberi wang dan setelah anda memberi wang kepadanya dia akan bertukar kepada orang lain pula dengan merayu rayu agar di beri wang.

Begitulah antara suasana di sempadan kemboja yang sudah pasti tidak akan dapat di lihat di Negara kita sendiri di mana kemiskinan berada di celah celah kekayaan.

Bersambung….






Blackend Is The End

Dyers Eve