To Live Is to Die

free counters

Ahad, 13 Disember 2015

KEMBARA DI BUMI KEMBOJA - Part 5 (akhir)

Setelah melalui ulat, pegawai kerajaan yang rasuah terang terangan, pengemis yang menyembah demi meraih simpati, anak kecil yang di asuh menjadi peminta sedekah, pejabat kerajaan yang usang, mesin mesin pengankutan dari tenaga manusia kita akan di temukan pula dengan bangunan bangunan kasino yang tersergam indah.

Kalau di Malaysia kasino Genting tidak membenarkan orang islam warga tempatan masuk tetapi kasino di sini pula lansung tak membenarkan warga tempatan memasuki tempat perjudian berlesen ini.

Umpama adengan filem Ali Baba Bujang Lapok bila si pengemis hendak turut sama berjudi bersama sama orang kaya dia tidak di benarkan oleh Ibrahim Pendek kerana katanya orang miskin lebih baik guna duit untuk beli makan.

Oleh kerana si miskin bekeras juga hendak turut serta menikam nombor kerana katanya bermimpi nombor 2 lalu di benarkan dia turut serta dengan syarat tidak boleh menikam nombor 2.

Begitulah yang berlaku di Kemboja di mana warga tempatan tidak di benarkan masuk ke kasino kerana mereka adalah orang miskin dan ianya tidak mendatangkan apa apa keuntungan kepada pengusaha pengusaha Kasino di situ.

Inilah permandangan yang ada di sempadan bumi Kemboja di mana pusat pusat perjudian tumbuh di tengah tengah kemiskinan rakyat sendiri. Jurang miskin kaya begitu ketara di antara kaum pemodal dengan rakyat marhaen. Di saat orang miskin melutut menyembah pelancong untuk meraih simpati demi wang membeli sesuap makanan kerajaan Negara ini menjadikan pusat pusat judi sebagai sumber kewangan Negara.

Kemiskinan, rasuah, salahguna kuasa, kemunduran tenaga kerja yang di bayar gaji rendah menjadikan Kemboja sebuah Negara yang pernah menjadi empayar Indochina pada satu ketika dulu sebuah Negara yang jauh ketinggalan dengan Negara Negara jiran.

Persekitaran yang kotor dengan penjaja penjaja makanan di tepi tepi jalan menjadikan Kemboja sebuah Negara yang patut di jelajahi sekali lagi pada satu hari nanti dengan meneroka lebih jauh ke pusat kota Negara ini.
Bangunan bangunan Kasino di tengah tenagh kemiskinn rakyat Kemboja


Penjaja makanan di sekitar pekan kecil sempadan Kemboja/Arant Thailand

Rakyat Kemboja di larang memasuki Kasino kecuali sebagai pekerja

Salahs satu Kasino Besar di sini





Rakyat Kemboja yang membawa barangan dagangan masuk ke Thailand mengunakan pengangkutan lama

Blackend Is The End

Dyers Eve