To Live Is to Die

free counters

Isnin, 14 Disember 2015

KEMBARA SENIMAN JALANAN JELAJAH BUMI SIAM BERSAMA OSMAN TIKUS -Part 1

Add caption
 Trip travel secara marhaen ini telah di rancang lebih sebulan sebelum hari bermulanya trip ini pada 3 desember lalu. Pada plan awalnya trip ini di rancang bermula pada 2 desember tetapi terpaksa di tundakan ke 3 desember kerana tiket keretapi dari Butterworth ke hatyai telah pun habis awalawal lagi kerana musim cuti sekolah.

Apabila trip ini di tunda ke 3 desember maka plan asal bermalam di Hatyai pada 2 desember juga terpaksa di batalkan kerana tiket keretapi yang ada hanyalah dari Buterworth ke Bangkok malah hanya tinggal 6 sahaja tiket berbanding peserta seramai 10 orang.

Dengan sebab itu hanya 6 orang saja yang naik di Butterworth dan 3 lagi terpaksa membeli terus tiket keretapi Siam yang naik di Hatyai manakala seorang lagi terus ke Bangkok dengan kapal terbang. Itu pun setelah di bantu oleh sahabat kakitangan KTM yang telah tolong untuk menguruskan semua tempahan tiket kami.

Aku lebih awal ke hatyai pada 2 desember kerana menghadiri sambutan 25 Tahun Perjanjian Damai PKM dan 6 yang lain menaiki keretapi antarabangsa dari Butterworth pada 3 desember di Butterworth dan Bukit Mertajam.

Stop dululah malas nak taip… bersambung…






Blackend Is The End

Dyers Eve