To Live Is to Die

free counters

Rabu, 22 April 2015

Sidang Media Majlis Pelancaran Pusat Media Keadilan PRK Permatang Pauh P-44

Semasa sidang media sempena Majlis Pelancaran Pusat Media keadilan PRK Permatang Pauh di Yayasan Aman,ahli parlimen Nibong Tebal Dr Mansor Othman mengulangi kenyataan yang dibuat pimpinan tertinggi PAS bahawa parti sekutu Pakatan Rakyat itu akan memberi sepenuh komitmen untuk membantu calon dan jentera PKR di pilihanraya kecil Permatang Pauh sambil PKR sendiri komited dalam membantu jentera pilihanraya PAS di PRK Rompin yang dijadualkan serentak pada 7 Mei ini.
         
              Dr Mansor othman yang pada itu turut disoal pemberita dengan khabar yang berlegar bahawa PAS akan mensabotaj pilihanraya Permatang Pauh kali ini ekoran krisis yang berlaku sesama parti komponen PR mutakhir ini, tidak menolak kemungkinan perbuatan sabotaj itu wujud namun menafikan bahawa gerakan itu akan mencetuskan impak yng besar terhadap perjalanan pilihanraya mahupun memberi implikasi terhadap kertas undi pada hari pengundian nanti.

Dr Mansor turut menambah kesemua parti komponen dalam Pakatan Rakyat akan menerima siapa sahaja calon yang diletak PKR di Permatang Pauh dan tidak akan berlakunya perbuatan cubaan calon bertindih daripada PAS dan DAP di kawasan terbabit.

        Dalam pada itu,Dr Mansor turut memberitahu bahawa isu GST akan memainkan peranan utama dalam kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh kali ini.GST yakni cukai yang menimbulkan kemarahan majoriti rakyat di negara ini diyakini bakal membantu PKR untuk menumbangkan BN sekali lagi di kawasan tradisi ini.Selain itu,PKR juga menggunakan strategi urustadbir kerajaan negeri Pulau Pinang yang cemerlang sepanjang dua penggal memerintah sebagai modal dan faktor penarik undi pengundi Permatang pauh.
Mengakhiri sidang media wartawan turut diberitahu penamaan calon pada 24 April ini akan turut dihadiri beberapa pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat seperti mat Sabu dan Lim Guan Eng.







Blackend Is The End

Dyers Eve