To Live Is to Die

free counters

Khamis, 23 April 2015

KWSP PERLUAS KAUNTER KHIDMAT NASIHAT PERSARAAN

KWSP Perluaskan Perkhidmatan dengan Khidmat Nasihat Persaraan.

Semasa menjawab soalan wartawan dalam sidang media program KWSP bersama Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, timbalan CEO operasi KWSP Malaysia, Datuk Naim menjelaskan bahawa skim khidmat nasihat persaraan ini telah pun dimulakan sejak Julai 2014 dengan kaunter pusatnya beroperasi di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur bagi sementara waktu dan bakal diperluaskan ke seluruh negara menjelang awal 2017.

       Skim khidmat tersebut menurutnya akan membantu para pekerja daripada semua sektor kerajaan dan swasta mendapatkan khidmat nasihat mengenai pengurusan,kaedah pengeluaran dan sebarang pertanyaan yang relevan mengenai akaun simpanan mereka.

Menambah kenyataan beliau,Datuk Ahmad Maslan pula menjelaskan pembukaan kaunter tersebut akan lebih memudahkan para pemegang akaun simpanan KWSP merancang dengan lebih baik untuk persediaan persaraan mereka.

     Beliau turut menambah KWSP menurutnya telah memperuntukkan 4.5 billion setiap bulan dengan sejumlah 2.38 billion dikeluarkan para pencarum setiap bulan atas pelbagai tujuan.

Dalam pada itu,Datuk Ahmad Maslan turut menyampaikan khabar daripada Perdana Menteri terhadap isu cadangan menaikkan had umur pengeluaran akaun pencarum kepada umur 60 tahun dengan kata beliau PM telah membuat ketetapan mengekalkan had usia pengeluaran pada umur 55 dan sekiranya caruman disambung selepas usia 55 barulah pengeluaran seterusnya adalah pada usia 60 tahun.

     


Begitupun,dalam seidang media yang sama Ahmad Maslan mengelak untuk menjawab soalan daripada wartawan berkaitan GST dan memberi komen tidak akan melayan sebarang soalan mengenai kontroversi cukai tersebut.
PENGUMUMAN RASMI : Aktiviti & Program Jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat Permatang Pauh 23 April 2015.
1) Serahan surat jemputan ke forum :GST Antara realiti dan Propaganda pada 2 Mei 2015 kepada YB Datuk Ahmad maslan bertempat di Bangunan KWSP Seberang Jaya pada jam 1.30 petang.
-Sebarang pertanyaan sila hubungi Pengarah Strategik AMKPP saudara radzi Idrus di talian 019 5798288
2) Sembang Santai bersama Ustaz Haji Abdul Mutalib & ust.Haji Sobri Arshad bertempat di kedai Kopi Kg Petani pada jam 5 petang.
3)Pelancaran Bilik Gerakan pilihanraya bagi Parti DAP di Taman Ciku pada jam 5 petang.Kehadiran Datin Seri Wan Azizah dan YB Lim Guan Eng,Ketua Menteri Pulau Pinang.
4)Flashmob Batalkan GST di Tol Jambatan pertama Pulau Pinang (sebelum tol) pada jam 5.30 petang.
5)'Ceramah In Memorial Karpal Singh' di penng Chinese Town Hall dan dihadiri Datin Seri Wan Azizah.
6)Pelancaran Bilik Gerakan Negeri Kedah di JDM Kuala Mengkuang pada jam 9 malam.Disertai YB Dato' Mansor Othman sebagai Vip dan pimpinan negeri Kedah.Sebarang pertanyaan boleh hubungi YB Azman di talian 0124083258.

UMNO BERI LALUAN MUDAH KEPADA PKR DI PERMATANG PAUH

Umno yang pada awalnya di lihat penuh keyakinan memasuki pilihanraya kecil Permatang Pauh akhirnya telah menjadi haru biri setelah beberapa nama calon yang telah di senaraikan oleh Ketua Bahagaian telah menjadi pertikaian dalam umno itu sendiri.

Jika sebelum ini setiap kali berlakunya pilihanraya sudah menjadi lumrah di dalam umno berebut menawarkan diri untuk menjadi calon tetapi kali ini perkara yang sebaliknya pula berlaku bila mana Ketua bahagian yang sepatutnya menamakan dirinya sendiri sebagi calon telah cuba mengelak dari menjadi calon.
 
Namun begitu walaupun Dato Zaidi atau lebih  di kenali sebagai Cikgu Zaidi di lihat cuba mengelak untuk menjadi calon tetapi beliau telah sedaya upaya mahu proksi proksinya di pilih oleh pimpinan tertinggi Umno untuk menjadi calon BN di Permatang Pauh.

Selepas nama cikgu Hassan yang paling awal berada di atas tergelincir, cikgu Zaidi menamakan seorang peguam muda yang juga proksinya sebagai calon tetapi berita yang terkini dan di katakan berita ini sudah pun menjadi kesahihan, calon yang pasti akan di umumkan nanti ialah setiausahanya sendiri iaitu Suhaimi Shahbudin

Suhaimi adalah orang kepercayaannya sejak dari zaman pemuda hinggalah ke hari ini di lantik menjadi setiausaha Umno Bahagian bukan saja sangat tidak popular di kalangan senarai calon seperti Cikgu Hassan dan cikgu Zaidi itu sendiri malah menurut runggutan orang orang umno peluang umno untuk merampas atau sekurang kurangnya mengurangkan majority PKR di Permatang Pauh hanya tinggal kenangan.

Kata mereka Suhaimi bukan saja tidak di kenali lansung oleh penduduk Permatang Pauh malah di dalam umno beliau juga tidak mempunyai apa apa jasa melainkan hanya berjasa kepada ketuanya Cikgu zaidi sejak sekian lama.

Seorang ahli veteran umno pula berkata sejak dari 1999 apabila Umno hilang kerusi Permatang Pauh mereka telah bersusah payah dengan berbagai usaha untuk merampas kembali kerusi ini dan PRK kali ini mereka cukup yakin dengan berbagai isu yang ada di dalam PKR kerusi ini dapat di rampas kembali tetapi mereka sangat kecewa atas pemilihan calon yang lansung tidak ada ciri ciri kepada kemenagan Umno/Bn.

Kata mereka dengan nada kecewa seolah menyidir Ketua bahagian, “Kalau dulu kita bangkit menentang Anwar habis habisan dalam setiap kali pilihanraya tapi kali ini PKR akan membuat laluan mudah memenangi pilihanraya kecil ini, ikut suka Dato Ketua Bahagianlah sebab kami sudah tidak mahu ambil tahu lagi dan jangan sampai kami serta anak anak buah kami tidak keluar mengundi”


Apakah punca sebenar cikgu Zaidi bersungguh sungguh tidak mahu namanya di calonkan tetapi berkeras mahu nama orang lain di calonkan…. Tunggu pukul 3 punya posting sambungan pulak.
Majlis Pengumuman Calon Pakatan Rakyat PRk P044 Permatang Pauh
Keterangan :-
Tempat : Seberang Perai Arena (SP Arena),Seberang Jaya
Masa : 9 Malam
Tarikh : 24 April 2015

Majlis Penamaan Calon Pilihanraya P044 Permatang Pauh
Keterangan :-
Tempat : IKBN,Bukit Mertajam
Masa : 7.30 pagi
Tarikh : 25 April 2015
(Lokasi berhimpun di Simpang 3, Kubang Ulu).
Semua Dijemput Hadir..
Mohon Sebarkan.




PROGRAM BILIK GERAKAN PILIHANRAYA P044 PERMATANG PAUH PADA 23/APRIL/2015

Esok khamis 23 April 2015 akan berlangsung pelancaran bilik gerakan pilihanraya bagi parti DAP yang akan berlangsung di Taman Ciku pada jam 5 petang.

Juga pada sebelah malamnya akan berlangsung Ceramah Pelancaran Bilik Gerakan Utama Keadilan kedah bertempat di Kuala Mengkuang pada jam 9 malam.
kehadiran penduduk setempat dan barisan penyokong adalah dialu-alukan.

Blackend Is The End

Dyers Eve