To Live Is to Die

free counters

Sabtu, 25 April 2015

ISU PAS BOIKOT PRK PERMTANG PAUH AKHIRNYA SELESAI

PERMATANG PAUH, 25 April: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Dato' Saleh Man yang bertindak sebagai 'orang tengah' penyelesaian konflik melibatkan PAS Permatang Pauh bersyukur konflik dalaman yang berpanjangan selama seminggu sudah selesai.

Beliau terpaksa mengajak Pesuruhjaya PAS Negeri, Haji Mohamad Sabu,.Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri, Haji Fadzil Kemi, Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Dato' Dr Mansor Othman dan beberapa kepimpinan Dewan Harian PAS Kawasan Permatang Pauh bertemu supaya salah anggapan tidak berpanjangan malah difahami semua.

Jadi, mulai hari ini (malam nanti) PAS Kawasan Permatang Pauh akan melancarkan jenteranya di Dewan Haji Yusof Rawa, Kampung Sama Gagah sekaligus menghapuskan konflik berkenaan.
Pertemuan semalam diadakan di Hotel Light Seberang Jaya sebelum majlis pengumuman calon diadakan  di SP Arena, Seberang Jaya malam tadi.

Sementara itu, Yang Dipertua PAS Permatang Pauh,Haji Omar Hasan sewaktu ditemui juga melahirkan kegembiraan kerana masalah tersebut dapat diselesaikan dengan cepat.

"Ramai kalangan kami tidak fahami apa yang dimaksudkan oleh Wan Azizah mengenai hukum hudud. Pertemuan malam tadi kami anggap pertemuan muhibah sebagai penerangan untuk kebaikan semua, " katanya.

ISU PAS BOIKOT PRK PERMTANG PAUH SELESAI

OLEH: Mohd Sabri Said.

TERKINI DARI PUSAT PENAMAAN CALON PRK PERMATANG PAUH P044 .

Pertandingan 4 penjuru telah di sahkan di mana selain dari calon PKR dan BN 2 seorang calon bebas dan seorang calon Parti Rakyat Malaysia juga turut mengesahkan nama mereka dalam pilihanraya ini.

Blackend Is The End

Dyers Eve