Blackend Is The End

Ahad, 13 Disember 2015

KEMBARA DI BUMI KEMBOJA - Part 5 (akhir)

Setelah melalui ulat, pegawai kerajaan yang rasuah terang terangan, pengemis yang menyembah demi meraih simpati, anak kecil yang di asuh menjadi peminta sedekah, pejabat kerajaan yang usang, mesin mesin pengankutan dari tenaga manusia kita akan di temukan pula dengan bangunan bangunan kasino yang tersergam indah.

Kalau di Malaysia kasino Genting tidak membenarkan orang islam warga tempatan masuk tetapi kasino di sini pula lansung tak membenarkan warga tempatan memasuki tempat perjudian berlesen ini.

Umpama adengan filem Ali Baba Bujang Lapok bila si pengemis hendak turut sama berjudi bersama sama orang kaya dia tidak di benarkan oleh Ibrahim Pendek kerana katanya orang miskin lebih baik guna duit untuk beli makan.

Oleh kerana si miskin bekeras juga hendak turut serta menikam nombor kerana katanya bermimpi nombor 2 lalu di benarkan dia turut serta dengan syarat tidak boleh menikam nombor 2.

Begitulah yang berlaku di Kemboja di mana warga tempatan tidak di benarkan masuk ke kasino kerana mereka adalah orang miskin dan ianya tidak mendatangkan apa apa keuntungan kepada pengusaha pengusaha Kasino di situ.

Inilah permandangan yang ada di sempadan bumi Kemboja di mana pusat pusat perjudian tumbuh di tengah tengah kemiskinan rakyat sendiri. Jurang miskin kaya begitu ketara di antara kaum pemodal dengan rakyat marhaen. Di saat orang miskin melutut menyembah pelancong untuk meraih simpati demi wang membeli sesuap makanan kerajaan Negara ini menjadikan pusat pusat judi sebagai sumber kewangan Negara.

Kemiskinan, rasuah, salahguna kuasa, kemunduran tenaga kerja yang di bayar gaji rendah menjadikan Kemboja sebuah Negara yang pernah menjadi empayar Indochina pada satu ketika dulu sebuah Negara yang jauh ketinggalan dengan Negara Negara jiran.

Persekitaran yang kotor dengan penjaja penjaja makanan di tepi tepi jalan menjadikan Kemboja sebuah Negara yang patut di jelajahi sekali lagi pada satu hari nanti dengan meneroka lebih jauh ke pusat kota Negara ini.
Bangunan bangunan Kasino di tengah tenagh kemiskinn rakyat Kemboja


Penjaja makanan di sekitar pekan kecil sempadan Kemboja/Arant Thailand

Rakyat Kemboja di larang memasuki Kasino kecuali sebagai pekerja

Salahs satu Kasino Besar di sini





Rakyat Kemboja yang membawa barangan dagangan masuk ke Thailand mengunakan pengangkutan lama

KEMBARA DI BUMI KEMBOJA - Part 4

KEMBOJA Part 4

Selesai saja urusan passport di imegresen yang mengambil masa kira kira hampir sejam kami terus keluar dari tempat tersebut. Sebaik saja keluar kami di datangi pula oleh pemandu tut tut yang menawarkan perkhikmatan mereka membawa pelancung ke mana mana destinasi.

Untuk meronda di sekitar pecan tersebut anda akan di kenakan bayaran sebanyak RM40.00 di mana sebuah tut tut boleh di naiki seramai 4 hingga 5 orang.

Di celah celah itu juga akan datang pengemis meminta sedekah dari anda. Jika pegawai kerajaan di sana meminta wang dengan menandah tangan tapi pengemis pula meminta wang dari anda dengan sambil melutut dan menyembah anda untuk mendapatkan simpati dari pelancung.

Pengemis di kalangan kanak kanak pula akan mengikut anda ke mana saja sambil memegang seluar anda sambil merayu rayu agar di beri wang kepadanya. Mungkin anak anak ini di ajar agar terus merayu dan jangan lepaskan seluar pelancung selagi tidak di beri wang.

Kanak kanak ini akan berjalan mengikut anda selagi anda tidak memberi wang dan setelah anda memberi wang kepadanya dia akan bertukar kepada orang lain pula dengan merayu rayu agar di beri wang.

Begitulah antara suasana di sempadan kemboja yang sudah pasti tidak akan dapat di lihat di Negara kita sendiri di mana kemiskinan berada di celah celah kekayaan.

Bersambung….






KEMBARA DI BUMI KEMBOJA - Part 3

Setelah melepasi Mehnah Dan Tribulasi Dalam Perjuangan melintasi sempadan maka sampailah ke plaza imegresen Kemboja. Entah patut pejabat ini di panggil plaza, kompleks atau apa kerana keaadaannya sangat teruk.

Ianya tidak dapat di lihat di mana mana imegresen di Malaysia kerana ianya umpama pejabat imegeresen di tahun 60an. Bukan saja tidak ada penghawa dingin malah perdu pokok yang besar juga hanya di potong separuh dan bahagian perdunya di biarkan terus timbul di dalam pejabat ini.

Pelancung yang hendak memasuki Kemboja sangat ramai terutamanya dari Barat. Salah seorang pelancung dari Amerika berkata beliau sudah 6 kali datang ke Kemboja.

Kehadiran pelancung yang hendak memasuki Kemboja yang sangat ramai ini telah membuat ianya terpaksa berbaris panjang dengan keaadaan tidak selesa.

Namun bagi yang sanggup memberi rasuah kepada pegawai imegeresen melalui ulat ulat maka proses chop passport akan lebih cepat melalui jalan belakang tanpa perlu beratur.

Bersambung…



KEMBARA DI BUMI KEMBOJA = Part 2

KEMBOJA - Part 2

Sebaik saja memasuki sempadan negara Kemboja anda bukan saja akan melihat permandangan yang cukup berbeza dengan Thailand walaupun hanya sebelah meneyebelah malah anda juga akan di ikuti oleh ulat mencari makan dengan cubaan menipu.

Kalau di pintu masuk ke Thailand seperti Danok dan Golok setiap borang "arival" akan di kenakan seringgit oleh pegawai imegeren tapi di pintu masukkemboja ini ulat ulat ini akan meminta anda sebanyak RM50.00 setiap seorang atas nama upah mengisi borang tersebut.

Lebih dasyat lagi apabila anda buat tidak peduli kepada mereka maka mereka akan tunjukkan arah ke pegawai polis imegresen yang sedang bertugas konon kononnya untuk meyakinkan kita bahawa cas sebanyak itu memangnya betul dan bukan penipuan.

Namun lagi mengejutkan ialah pegawai polis imegresen tersebut pun sebenarnya telah bersekongkol dengan ulat ulat ini. Dengan mengunakan unform polis imegresen di tubuhnya pegawai polis imegresen ini telah menyalahgunakan kuasanya meminta wang daripada pelancung jika hendak mengisi borang tersebut.

Setelah kami membantah dan tidak mahu membayar wang tersebut kerana untuk mengisi borang tersebut sememangnya tidak di kenakan apa apa bayaran lalu si ulat tadi menunjukkan kami jalan keluar dari Kemboja dengan harapan kami berubah fikiran untuk juga apa yang mereka minta.

Oleh kerana kami terus menerus berkeras dan tidak pedulikan dengan cubaan menipu ulat dan pegawai polis tersebut mereka tidak boleh berbuat apa apa dan membiarkan saja kami berlalu dari situ menuju ke plaza imegresen.

Begitu juga semasa hendak chop passport waktu keluar kami juga di datangi oleh pegawai polis meminta RM20.00 untuk mereka tolong cepatkan proses tersebut.

Bersambung...









KEMBARA DI BUMI KEMBOJA - Part 1

Kemboja adalah sejenis bunga di mana pokoknya di tanam di kawasan kawasan perkuburun kerana mekarnya di pagi hari dan baunya menyenangkan.

Namum tidak pasti pula kenapakah Negara Kemboja di namakan kemboja sama ada ianya adalah perkataan yang di melayukan daripada namanya Combodia atau sememangnya nama negara ini adalah bermaksud bunga kemboja.

Pengalaman melintasi sempada Kemboja dalam trip Seniman Jalanan Jelajah Bumi Siam bersama Osman Tikus Pyanhabib Rahman pada minggu lepas memang agak menarik kerana inilah pertama kali melihat sendiri betapa ketinggalannya negara yang pernah menjadi penakluk kepada negara negara Indochina pada satu ketika dulu.

Sebaik saja keluar dari imegresen Thailand anda akan terus di dekati oleh ulat ulat yang mahu mengambil upah mengisi borang border, mereka ini akan mengikut anda kemana saja anda pergi walaupun kita tidak melayan.

Jika di pintu pintu masuk negara anda menyaksikan deretan kereta atau lori berbaris untuk cop passport tapi di sempadan Aran Kemboja ini pula anda akan saksikan tidak ada kereta atau lori (kalau ada sangat sedikit) tapi yang ada hanyalah kereta tarik (seperti dalam gambar) yang mengunakan tenaga manusia berbaris panjang untuk melepasi sempadan imegresen.

Bersambung....













To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve