To Live Is to Die

free counters

Sabtu, 5 Ogos 2017

Al-Habib As-Syeikh Dr Toha Al-Jailani Al - Bahagian 1

Doa dalam bahasa arab kalau tak betul pun bukan orang tahu...
Amin..amin..amin.. - Datin Seri Rosmah
Sebenarnya isu seorang warga arab yang mengaku sebagai seorang Ulama dan berketurunan Nabi yang telah melakukan berpuluh-puluh ganguan seksual dan jenayah bukanlah satu perkara yang pelik kerana sudah menjadi resam orang melayu Islam di malaysia ini sangat mudah terpegun dengan watak dan percakapan agama.

Bagi kebanyakan masyarakat melayu, seorang Ulama bagi mereka tidak perlu di selidik latar belakang pendidikannya tetapi cukuplah jika seorang itu berpakaian jubah atau serban dan ianya sudah di anggap sebagai seorang ulama bagi mereka.

Sebagai contoh Norazli Musa yang mendapat keputusan peperiksaan yang sangat teruk di sebuah universiti yang tidak di iktiraf oleh kerajaan Malaysia juga di anggap sebagai ulama malah dia mengaku bahawa dirinya adalah seorang pakar hadis.

Ulama bagi masyarakat melayu ialah bukan daripada ilmunya tetapi daripada pakaiannya walaupun yang mereka kata sebagai ulama tersebut tidak boleh membaca kitab kitab yang di tulis dalam bahasa arab seperti Naib Presiden Pas Idris Ahmad.

Makanya apa yang hendak di pelik bila seorang arab yang menjadi isu panas sehari dua ini di angkat menjadi seorang ulama malah dengan mudah di beri taraf kerayatan oleh kerajaan Malaysia.
Kad Pengenalan Penduduk Tetap yang katanya hasil daripada rekemen oleh pemimpin tertinggi kerajaan.

Beliau di katakan mempunyai hubungan baik dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa pemimpin tertinggi politik termasuk daripada parti parti pembangkang.

Ali Rostam terpegun dengan kewarakan Al Olamak

Dato Seri Anwar juga salah seorang pemimpin parti pembangkang yang terpegun dengan ke Olamakannya

Bukan mudah untuk melepasi pengawal peribadi Perdana Menteri menghampiri meja VVIP tetapi oleh kerana perwatakannya sebagai seorang Olamak maka mana mungkin bisa mendatangkan bahaya kepada pemimpin tertinggi Malaysia ini. 


Di katakan Tok Guru Nik Aziz dan Ustaz Hadi Awang menjadi gelisah semasa Olamak ini menyampaikan syarahannya dalam satu perhimpunan Pas di kelantan keran 2 orang tokoh Pas ini faham apa yang di cakap oleh Olamak ini tidak betul tapi pengikut Pas yang tak faham bahasa Arab bertakbir...

Berbeza pakaian tapi sama perangai.

Dato Zahid Hamidi di katakan mempunyai hubungan rapat dengan Al Olamak ini kerana terpedaya dengan perwatakannya.

Bersambung





Blackend Is The End

Dyers Eve