To Live Is to Die

free counters

Rabu, 30 Ogos 2017

BERMULANYA KISAH SANG SAKA MALAYA



BERMULANYA KISAH SANG SAKA MALAYA

Pada malam ini 5 tahun yang lalu buat kali pertamanya bendera Sang Saka (walaupun tersilap faham dengan corak bendera sebenar) berkibar di malam sambutan hari kemerdekaan ke 55 di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.

Kisahnya bermula apabila Zairi HEri dan Nasir Al-Helmy yang ketika itu adalah pelajar sebuah university di Selangor secara tiba tiba mengeluarkan idea ini ketika datang ke rumah Inchek Zarep di Greenwood Gombak (ketika itu zarep di Sabah untuk majlis perkahwinannya).

Katanya mereka akan membuat bendera Sang Saka yang merupakan bendera sebenar rakyat Malaya sebelum merdeka yang mereka baca di blog.

Setelah di perbincangkan dan di persetujui maka pada 30 ogos sekitar jam 2 petang keluarlah kami mencari kain di pekan Greenwood untuk membuat bendera.

Namun begitu kesukaran untuk membuat bulan sabit dan bintang berbucu 12 pada bendera tersebut telah menyebabkan urusan membuat bendera ini di sambung hingga lepas maghrib di Masjid Jamek Kuala Lumpur. (aku terbayangkan wajah Allahyarham Ayah Halim)

Akhirnya bulan bintang pada bendera tersebut hanya mengunakan kertas yang di warnakan kuning kemudian di lekatkan pada bendera mengunakan gam kertas sahaja.

Setelah bergerak ke Dataran dan mula mengibarkan bendera Sang Saka ramai yang tertanya tanya bendera apakah ini. Ada yang kata bendera Melaka ada yang kata bendera Singapore. Tidak ada seorang pun yang tahu bendera Sang saka pada ketika itu.

Paling lucu ialah bila dua orang ini di herdik oleh Hisham Rais ketika mereka mengibarkan bendera ini di hadapan pemimpin Pakatan Rakyat yang sedang berucap sedangkan niat mereka ialah nak tunjuk kepada Hisham yang mereka telah mengibarkan bendera yang selalu beliau ceritakan di dalam blognya (walaupun sebenarnya coraknya adalah salah).

Pada malam ini juga pihak kontra (mungkin SB) dengan cepat mencetak flyers dengan gambar bendera tersebut dengan mengatakan pemimpin Pakatan Rakyat mahu menukar bendera Jalur Gemilang kepada bendera tersebut.

Maka bermula dari malam itulah bendera Sang Saka Malaya mula menjadi isu panas dengan pro dan kontra. Namun dua orang ini patut di beri penghargaan kerana berani untuk membawa orang ramai mencari asal usul sebenar sejarah kemerdekaan negara ini yang telah banyak di selewengkan oleh pemerintah.

Tidak timbul lansung niat mahu menukar bendera Jalur Gemilang kepada bendera ini tetapi tidak sepatutnya pihak pemerintah terus menerus mahu menyembunyikan cerita sebenar fakta fakta tentang perjungan kemerdekaan yang telah di pelopori oleh semua genap lapisan masyarakat sama ada yang kiri mahupun yang kanan.

Kita sama sama menyambut hari kemerdekaan ini dengan rasa kepuasan apabila seluruh generasi terdahulu di iktiraf perjuangan mereka kerana kemerdekaan yang ada pada hari ini adalah milik semua bukan milik Umno sahaja.

Apa apa pun yang kena tangkap cuma mereka berdua saja tapi aku tak kena sebab aku pegawai tinggi Tanah Aman.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 60

Blackend Is The End

Dyers Eve