To Live Is to Die

free counters

Khamis, 10 Ogos 2017

DR BURHANUDDIN - PUTERA SETIA MELAYU RAYA - bahagian 2 (Tokoh Paling Demokratis)

Bendera Sang Saka Malaya di kibarkan semula oleh 2 pelajar Unisel Nasir dan Zairi pada 31 og 2011 tetapi bukan dalam rekabentuk yang betul dan di kibarkan kembali pada malam tahun baru pada tahun tersebut dengan rekabentuk yang betul iaitu merah putih berbintang 12.


Pada bahagian pertama buku ini Ahmad Boestamam menceritakan bagaimana Dr Burhanuddin seorang tokoh agama yang sangat tenang bila berhadapan dengan asakan soalan provok daripada Moktaruddin Lasso tentang kewujudan Tuhan.

Kata Ahmad Boestamam sekiranya soalan yang di ajukan oleh Moktaruddin tersebut di tujukan kepada lebai lebai di kampung ianya sudah pasti akan mendatangkan kemarahan yang terlampau malah akan pasti di tuduh atau di lebel dengan berbagai lebel seperti kafir dan murtad.

Dalam bahagian kedua buku ini pula ianya lebih banyak berkisarkan tentang hubungan PKMM dengan UMNO di mana PKM adalah sebahagian daripada Umno ketika itu selepas bersama-sama menentang Malayan Union yang di anjurkan oleh pihak British.

Bahagian kedua buku ini adalah sangat perlu di baca oleh ahli dan penyokong Umno kerana di dalam bab ini di ceritakan tentang asal usul bendera Umno yang ada pada hari ini.

Menurut Ahmad Boestamam, usul lambang bendera yang di bawa oleh PKMM iaitu "Sang Saka Merak Putih" hanya kalah 1 undi kepada usul bendera Umno yang ada pada hari ini yang di sebut bendera "kokyok" oleh ahli ahli PKMM.

Saya turut membawa dan mengibarkan bendera Sang saka ketika melawat UAE













Blackend Is The End

Dyers Eve