To Live Is to Die

free counters

Jumaat, 4 Ogos 2017

KEMBARA SENIMAN JALANAN JELAJAH BUMI SIAM - Bahagian 8


PASAR MINGGU CHATUCHAK BANGKOK.

Oleh kerana plan asal hendak pulang ke Malaysia dengan keretapi atau bas telah berubah kepada kapal terbang maka hari terakhir kami di Bangkok menjadi singkat kerana terpaksa berada di lapangan terbang sebelum jam 11 pagi.

Walaupun pada malamnya kami hanya sempat berehat hanya sedikit masa di hotel kerana dari pattaya kami sampai ke hotel Bangkok jam sudah hampir 3 pagi. Bilik pun hanya berbaki lagi 3 sahaja membuatkan ada antara kami yang Cuma berehat di lobi hotel kerana pekerja hotel berlagak semacam tidak membenarkan kami masuk bilik lebih dari 2 orang..

Jadi plan terakhir kami ke pasar ini terpaksalah keluar hotel awal agar tidak terlepas kapal terbang.

Pasar ini terletak kira kira 20 minit perjalanan dari lapangan terbang Dongming Bangkok di mana pasar ini hanya di buka pada hari jumaat sabtu dan ahad sahaja dan merupakan pasar terbesar di asia tengara.

Chatuchak memiliki sekitar 10.000 gerai, yang setiap minggunya dikunjungi sekitar 250,000 pengunjung. Pasar ini juga merupakan tempat belanja popular masyarakat Bangkok, jadi yang datang kesini bukan hanya pelancung saja.

Terdapat sebanyak 27 bahagian di bahagikan dalam kawasan perniagaan ini sebagaimana di tunjukan di dalam kertas panduan yang kami dapat dari seorang anggota polis di sini iaitu:-

- Makanan dan Minuman : Section 2, 3, 4, 23, 24, 26 dan 27
- Busana dan Aksesoris : Section 2-6 dan 10-26
- Busana dan Bundle : Section 2, 3, 4, 5, 6, 22, 25 dan 26
- Buku : Section 1 dan 27
- Home Decor dan Furnitur : Section 1, 3, 4, 7 dan 8
- Galeri dan Benda-Benda Seni : Section 7
- Barang kraftangan : Section 8-11
- Barang Antik : Section 1 dan 26
- Barang ceramik : Section 11, 13, 15, 17, 19 dan 25
- Tanaman dan Perlengkapan Berkebun : Section 3 dan 4
  • Binatang Peliharaan dan Perlengkapannya : Section 8, 9, 11 dan 13
Kalau sudah melihat peta dan bahagian-bahagian (sections) yang ada di pasar raksasa ini, tentu akan lebih mudah lagi membeli belah di sini

Apa yang patut anda tahu ialah pasar ini di larang sama sekali merokok di dalam kawasan pasarnya dan kesalahan merokok boleh di kenakan denda serta merta sebanyak 2,000 bath.

Kami hanya sempat meronda pasar ini kira kira 2 jam sahaja dan jangka masa ini sememangnya tidak cukup untuk menjelajah keseluruhan pasar ini yang luasnya lebih 5km persegi.

Bersambung.









Blackend Is The End

Dyers Eve