To Live Is to Die

free counters

Jumaat, 29 September 2017

ANAKKU AUTISME - Bahagian 1

Pakcik Bob Rasta dengan Pakcik Rafizal antara kawannya yang ngam semasa di Thailand
Setiap akan yang waras mustahil dapat menerima seorang anak memukul ibu atau ayah sebagaimana yang di tularkan di dalam media internet sehari dua ini di mana seorang anak di katakan memukul ibunya kerana tidak mahu memberi wang yang pinta sebanyak RM50.00.

Dan tidak ada orang yang waras sanggup memukul ibu bapa atau pun orang tua melainkan fikirannya di pengaruhi oleh perkara yang tidak waras seperti dalam pengaruh dadah, arak atau orang tersebut berhadapan dengan masalah mental.

Begitulah yang berlaku kepada budak yang memukul ibunya di dalam video yang di tularkan tersebut yang katanya budak tersebut menghadapi sindrom autisme iaitu sesuatu yang berkaiatan dengan saraf.(untuk keterangan lanjut silalah buat carian)

Saya adalah antara yang memiliki seorang anak yang Autisme dan kini sudah pun mencecah umur 10 tahun, Fadzil Noor Amzar namanya.
Anak angkat saya Putera Zulkarnain kini 7 tahun dan Puteri Zulaikha kini 6 tahun  adalah kawannya sejak kecil
Doktor mengesan ada sesuatu yang tidak kena padanya sejak dari hari di lahirkan apabila tapak tangannya hanya mempunyai 1 garisan urat yang tidak putus seperti garisan urat tapak tangan orang biasa namun doktor tidak dapat memberitahu perkara sebenarnya kerana ianya perlu kepada pengesahan dari doktor yang lebih pakar.

Pertumbuhan fizikalnya nampak macam biasa tapi dia lambat bercakap sehinggalah usia tadika. Kalau abang dan kakaknya yang lain sudah masuk ke tadika pada usia 4 atau 5 tahun tapi dia masih belum bersekolah pada usia 5 tahun dan apabila masuk 6 tahun dia hanya mampu bersekolah sehingga 4-5 bulan sahaja kerana tidak boleh bergaul serta mengikuti pembelajaran seperti kanak-kanak lain.

Pada masa ini saya sudah mula mengesan bahawa Fadzil ada mempunyai masalah tapi bila di bawa ke hospital doktor kata kena ada surat dari sekolah, macam mana nak dapatkan surat dari sekolah kalau hanya bersekolah tadika.
Bersama rakan2nya di kelas pendidikan Khas SRK Jalan Baru Perai
Masuk darjah 1 Fadzil di hantar ke kelas paling belakang selepas ujian kebolehan untuk susunan kelas. Yalah bukan kata mengenal huruf malah bercakap pun tak terus lagi dan sebagai ibu bapa pun kami agak sukar untuk memahami apa yang hendak dia sampaikan.

Saya cerita pada guru akan masalah ini tapi guru pula kata kena ada surat dari doktor. Yang mana satu yang betul ni... doktor minta surat dari sekolah, sekolah pula minta surat dari hospital.

ibu bapa mana yang tidak sedih bila mengenangkan anaknya yang begitu di tinggalkan di sekolah bukan di tempat yang sebenar kerana masing2 antara sekolah dan hospital pakat menolak sesama sendiri.

Sehinggalah pada satu hari selepas beberapa bulan dia bersekolah dia terberak di dalam seluar yang membuatkan habis pakaiannya dan kelas dengan najis.

Saya menerima panggilan dari sekolah memaklumkan tentang hal tersebut dan selepas sampai di sekolah habis bajunya basa kerana guru menyucinya dengan cara menembak air menggunakan getah aip dari jauh. Ya lah guru guru semuanya berpakaian cantik cantik masa di sekolah manalah mahu bergelomiang dengan kekotoran anak murud yang tak pandai.
Hari Lahir ke 7


Nasib agak baik kerana salah seorang pekerja kebersihan di situ isteri kepada seorang kawan yang kenal dengan Fadzil dan dialah yang tolong bersihkan.

Hasil dari peristiwa itu barulah guru panggil pergi  ke pejabat dan memberitahu yang sekolah akan buat satu ujian IQ kepadanya dan sekiranya dia gagal untuk mencapai tahap sebagai seorang pelajar normal dia akan di rujukkan kepada pihak hospital.

Ermm sebelum ni bila saya beritahu tentang tahap pembelajarannya guru minta surat doktor tapi sekarang boleh pula kata ada ujian IQ untuk di rujuk kepada hospital.

Untuk mendaoatkan pengesahan doktor ianya bukan tempoh masa yang pendek kerana ianya perlu berjumpa dengan berbagai doktor2 pakar dan boleh di katakan semua klinik di dalam hospital Bukit Mertajam mesti di ikuti seperti Klinik mata, kilinik telingga, klinik saraf, kilnik mulut dan berbagai lagi kilinik untuk mendapat pengesahan dari doktor2 pakar di situ.

Bertemu dengan Abdullah CD pengerusi Parti Komunis
Malaya di Selatan Thai.
Biasalah hospital kerajaan sekali appoiment pun dah makan masa berbulan tapi pada penghujung tahun di mana sekolah masih berbaki lagi sebulan barulah selesai semua proses di hospital tapi untuk masuk ke kelas pendidikan khas ianya memerlukan satu lagi proses iaitu mendapatkan kad OKU di pejabat Kebajikan Masyarakat.

Makanya dari awal tahun hinggalah ke bulan 10 Fadzil terpaksa berlajar di kelas biasa dengan pelajar normal di mana sudah pastilah dia tidak akan mampu untuk mengikutinya di tambah lagi tidak ada siapa yang mahu berkawan dengannya kerana selain daripada kesukaran untuk dia menyesuaikan diri dia juga tidak mampu berkomunikasi dengan guru dan rakan2.

Bersambung....


Blackend Is The End

Dyers Eve