To Live Is to Die

free counters

Sabtu, 23 September 2017

CERITA DI VIETNAM - MAHATHIR SELAMANYA

Pyanhabib deman sejak dari KLIA hinggalah hari terakhir kami di Vietnam
DR MAHATHIR SELAMANYA

Sewaktu di Vietnam saya menjadi pelangan tetap kepada Restoran Kampung Pandan yang di miliki oleh warga Malaysia Mamu Abdul Rahman yang berasal dari Kuala Kubu Baru Selangor kerana inilah satu satunya Restoran mamak yang ada di Bandar Bến Thành Ho Chi Minh.

Bila berbicara tentang politik Malaysia Mamu Abdul Rahman yang sudah lebih 20 tahun berniaga di bumi Komunis ini berkata beliau adalah seorang penyokong Tun Dr Mahathir (Ketika itu belum terjadi krisis pemencatan peminpin tertinggi Umno).

Banyak yang mamu bercerita pasal politik dan ekonomi Malaysia yang merudum teruk sehingga turut menjejaskan perniagaan kerana tukaran matawang Malaysia yang rendah telah menjadikan barangan keperluan naik harga.

Pada satu pagi saya ke restoran ini dengan memakai baju gambar mendiang “Karpal Singh”. Mamu agak terkejut kerana mungkin selama ini beliau menyangkakan saya adalah penyokong kerajaan.

Tapi beliau berkata “ Ini orang banyak bagus, banyak kes besar dia menang tapi kalau di Malaysia jangan pakai ini baju”. Bahaya...

Inilah hakikatnya yang ada pada jiwa rakyat Malaysia tahu akan kebenaran tapi tidak mahu bersama kebenaran kerana ada perasaan takut pada kebenaran,

** Roti canainya berharga 35ribu Dong atau RM7.00 sebiji tapi ianya sangat berbaloi kerana tanpa roti canai mamak siapalah kita yang mengaku bangsa Pulau Pinang yang mulia.

Blackend Is The End

Dyers Eve