To Live Is to Die

free counters

Jumaat, 1 September 2017

DI MANAKAH HILANGNYA TAMAN RASHIDAH UTAMA?

Makam pahlawan Islam di sebelah kanan

Di tengah tengah antara 2 makam terdapat sebuah tugu pahlawan

Makam bukan Islam di seblah kiri

DI MANA MAKAM PAHLAWAN KITA?

Saya melawat sebuah makam pahlawan di Medan Indonesia di mana makam ini telah menempatkan ratusan kubur kubur tentera yang mati menentang Belanda di ketika penjajah ini kembali untuk menakluk Indonesia selepas Jepun di kalahkan pada perang dunia kedua.

Di Makam Pahlawan ini di bahagikan kepada dua iaitu di sebelah kanannya adalah makam pahlawan beragama Islam dan di sebelah kirinya adalah makam pahlawan yang bukan beragama Islam (kebanyakannya Kristian).

Apabila saya membuat carian tentang makam makam pahlawan di Indonesia trdapat lebih dari 30 Makam Pahlawan di seluruh Indonesia di mana pada setiap wilayah akan ada sekurang kurangnya sebuah makam Pahlawan.

Ini adalah satu pengitirafan pemerintah kepada seluruh pejuang kemerdekaan Indonesia yang mengangkat senjata menentang pihak penjajah Belanda dan Jepun yang tidak ada di Negara kita Malaysia.

Di Malaysia makam pahlawan terletak di dalam Masjid Negara hanyalah menempatkan pemimpin tertinggi Negara yang tidak ada kena mengena dengan perjuangan kemerdekaan kecuali Tun Ghafar Baba dan Tun Saadon Zubir yang pernah terlibat dalam gerakan kemerdekaan manakala di Taiping pula makam pahlawan kesemuanya adalah dari kalangan tentera British yang mati ketika menentang pejuang kemerdekaan.

PETA

Di Indonesia PETA di kenali sebagai Tentera Sukarela Pembela Tanahair manakala di Malaya pula PETA di kenali sebagai Pembela Tanahair iaitu pasukan tentera bersenjata dari kalangan anak bangsa yang telah di tubuhkan oleh Jepun sebagai persiapan menentang pihak Berikat tetapi di Indonesia PETA memainkan peranan menentang Belanda selepas Sukarno mengistiharkan kemerdekaan dari Jepun manakala di Malaya PETA di bubarkan atas sebab pengkhinatan.

Mereka  inilah tentera tentera rakyat yang telah di kebumikan di makam makam pahlawan di Indonesia tetapi di Malaysia akibat daripada tindakan pemimpin Melayu seperti Dato Onn yang mahu British kembali menjajah Malaya maka para pejuang kemerdekaan yang mati menentang Brtish di anggap pengkhianat tetapi tentera British yang mati di bunuh oleh pejuang kemerdekaan pula di anggap pahlawan.

Makanya di manakah makam makam pahlawan sebenar kita?

Jawapannya makam makam pahlawan sebenar kita berada di segenap pelusuk hutan dari Johor hinggalah ke sempadan Thailand.

Makam Pahlawan Allahyarham Abu Samah Mohd Kassim di Golok Selatan Thai.
Makam Ibu Suriani pemimpin tertinggi Parti Komunis Malaya di Sukhirin Thailand

Blackend Is The End

Dyers Eve