To Live Is to Die

free counters

Selasa, 26 September 2017

KISAH PYANHABIB MENOLAK ANUGERAH DI DEPAN TIMBALAN PERDANA MENTERI.


Siapa sangka satu masa dulu Padang Kota tempat aku berheadbangging pada hari ini aku berada di pentas utama bersama 2 otai.


Adalah amat malang di Malaysia ini apabila istilah “artis” di salahgunakan dengan sewenang wenangnya kerana pengertian artis bagi rakyat Malaysia ialah penyanyi, pelakon walaupun mereka bukan di kalangan orang seni asalkan boleh menyanyi dan masuk TV terus mendapatkan gelaran artis.

Lalu mereka merasakan merekalah seninam walaupun semua lagu yang mereka nyanyikan bukan kata lagu malah lirik pun orang yang tuliskan dan lebih teruk lagi ada juga di kalangan mereka yang mengelar diri mereka ini seniman sanggup mencuri hasil ciptaan orang lain lalu di masukkan nama mereka.

Bersama Pyan dan Nasir Jani bersama anaknya di satu lorong di Pulau Pinang
Lalu aku teringat aku tentang  bagaimana  Pyanhabib Rahman seorang penyajak, pelakon, penulis lirik, pelukis pada satu ketika dulu pernah menolak anugerah yang di terimanya di hadapan Timbalan Perdana Menteri kerana prinsip seorang seniman walaupun beliau sememangnya layak untuk menerima anugerah tersebut.

Kejadian yang berlaku pada tahun 1986 dalam Festival Filem Malaysia ke 6 di mana beliau telah di calonkan sebagai penerima anugerah “pelakon Pembantu Lelaki Terbaik” dalam filem Kembara Seniman Jalanan.

Sebenarnya aku sendiri pun cuma hanya pernah mendengar cerita tapi tidak tahu akan cerita sebenar kerana masa ni aku baru darjah 6 sekolah atap maka aku telah bertanya terus dengannya dan di bawah adalah kisah sebenar apa yang telah berlaku sebagaimana di ceritakan sendiri oleh Pyanhabib kepada aku.

Dalam Festival Filem Malaysia ke-6, tahun 1986, satu Malaya sudah tahu gua dicalon untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik untuk filem Kembara Seniman Jalanan. Gua tak ambil tahu pun hinggalah beberapa jam sebelum majlis berlangsung di PWTC, dia dinasihatkan kawan wartawan supaya hadir tanda hormati majlis (hingga sekarang gua tidak tahu gua dijemput atau tidak).

Gambar semasa Pyan menerima anugerah yang di muat dalam bukunya.
Sekitar satu jam sebelum majlis, gua putuskan hadir. Gua naik teksi dari CM ke `Pusat Dagangan Dunia Putra' kata gua kepada driver teksi dengan was-was sebab gua pun tidak tahu di mana `Pusat Dagangan Dunia Putra'. Keh keh keh!

Majlis sudah bermula masa gua sampai tetapi gua masih terpimga-pinga sebab gua jenis tak reti masuk majlis yang berlampu lip-lap. Dengan berseluar jeans dan jaket askar ...

Gua tercengang-cengang duduk di satu meja bersama Uji Rashid (yang kebetulan gua sudah kenal sebelum itu). Belum lama gua tarik nafas, gua dikejutkan oleh Uji Rashid dan orang sebelah meja minta gua naik pentas.

Panik gua tak habis, gua hendak tidak hendak terus ke pentas di mana Jins Shamsudin menunggu. Gua naik dan memberi salam pada semua. Gua ambil kertas keputusan dari Jins untuk tahu keputusan sebenar.
Menurut Nasir Jani idea asal KSJ ialah daripada M.Nasir

Gua lagi terpinga-pinga bila keputusan pada kertas yang gua baca menunjukkan gua diberi award pelakon pembantu untuk filem Tsu Feh-Sofiah (dua filem gua lakon masuk final festival sebenarnya) tentulah gua panik tak habis sebab gua dicalon untuk filem KSJ dan bukan untuk Tsu Feh-Sofiah. Gua berpegang dengan apa yang telah dicalonkan iaitu untuknfilem KSJ.

Jins mendesak gua terima tetapi gua tetap menolak hinggalah gua ambil award dan bercakap di microfon begini: “Terima kasih untuk award ini, sebagai pelakon saya terima tetapi sebagai peribadi, saya tolak.

Ok, saya pegang award ini untuk.bergambar. Selepas itu.gua letak award di rostrum, Jins tak terkata bila tengok gua tinggalkan award.

Hadirin apatah lagi, panik tengok gua atau tidak gua tak tahu.

Yang gua tahu, sebaik turun pentas gua diserbu Nasir Jani dan gengan KSJ, gua dipeluk dan diangkat lonjak mereka.

Hadirin terus tertumpu kepada kami, gua syak mereka mencemuh. Kenapa gua dipeluk diangkat lonjak kawan-kawan secara beramai-ramai di depan majlis yang dihadiri TPM Ghafar Baba?

Rupanya, Nasir Jani dan kawan-kawan meraikan gua bukan kerana gua menang award tetapi kerana tolak award, sebab?
Siapa sangka juga seorang Otai datang menegur aku.
Gambar semasa majlis perkahwinan anak Pyanhabib
Sebab filem KSJ rupanya ditolak saat akhir dan ia diumumkam di atas pentas. Patutlah gua ditunjuk menang award untuk Tsu Feh-Sofiah rupanya filem KSJ ditendang oleh panel saat akhir.

Gua yang tidak tahu apa-apa, panik tak sudah. Dan dua tiga hari hingga minggu.berikutnya gua kena bantai dek paper.

Mereka berkata, gua bikin antiklimak, gua bikin sabotaj, gua tak hormati majlis Melayu, tak hormati majlis yang dihadiri TPM Ghafar Baba dan bla bla bla ..

Kesah selanjutnya berlarutan hingga Nasir Jani mengamuk di Finas di tv, bertshirt fuck Mahathir malah hingga masuk penjara. Huhu!

Begitulah berprinsipnya perjuangan anak seni terdahulu kerana pada diri mereka ada nilai seorang seniman berbanding pada hari ini lawak tak berapa lawak macam Abam pun dan boleh dapat anugerah....
Garfiti di mana 2.7b dalam filem ini.


Blackend Is The End

Dyers Eve