To Live Is to Die

free counters

Khamis, 14 September 2017

MARAH PADA SIAPA?



MARAH PADA SIAPA?

Dari status FB setahun yang lalu.

Berbagai topik kehidupan masyarakat di bicarakan di dalam sebuah lagu yang bertajuk Midnight Blues Wings iaitu dari kehidupan marhaen di lorong lorong hinggalah konspirasi orang politik di bangunan tinggi Kuala Lumpur.

Namun akhirnya lagu tersebut berkesudahan dengan pertanyaan kepada diri sendiri “marah pada siapa”? dan jawapannya adalah marah pada diri sendiri yang menjerit lagu blues di tengah malam.

Lalu saya teringat dalam mainan politik yang kita lalui sebenarnya kita marah pada siapa?

Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah keluar dari Umno bukan sebab benci pada Umno tetapi marah kepada Dr Mahathir lalu kerana kasih dan cintanya kepada Umno terciptalah Parti Melayu Semangat 46 sebagai satu kesinambungan perjuangan parti Umno yang tulin ketika di tubuhkan pada tahun 1946.

Anwar Ibrahim ketika di pecat dari Umno tidak marahkan Umno tapi Anwar marahkan kuncu kuncu Dr Mahathir yang telah mencipta konspirasi untuk menjatuhkan dirinya di dalam parti yang sangat beliau sayangi.

Dr Mahathir keluar dari Umno ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Presiden Umno bukan sebab marahkan Umno tetapi sebab marahkan Tun Abdullah Badawi .

Bekas pemimpin tertinggi Pas yang di gelar G18 keluar dari Pas dan menubuhkan Amanah bukan sebab marahkan parti yang telah mereka bertungkus lumus memperjuangkannya sejak sekian lama tetapi cuma marahkan beberapa pemimpin Pas yang telah membuat konspirasi jahat untuk menjatuhkan mereka kerana mereka di lihat sebabagi penghalang besar kepada Pas untuk bekerjasama dengan Umno. (Rujuk video Nasarudin Mat Isa dan Dato Hassan Ali), lalu mereka buat parti Amanah dengan Slogan ala ala arab  'Rahmatan Lil Alamin' kerana cinta dan kasihnya pada Pas tidak pernah terputus.

Kini lahir pula parti “Bersatu” juga bukan kerana marahnya Dr Mahathir atau Mahyudin Yassin kepada Umno tetapi mereka hanya marah kepada Najib dan sekutunya yang tidak membahagikan harta negara sama rata lalu terciptalah nama Pribumi yang membawa tajuk perjuangan yang sama dengan Umno kerana kasih dan cintanya mereka kepada Umno.

Makanya sebenarnya kita ini pula marah pada siapa?

Blackend Is The End

Dyers Eve