To Live Is to Die

free counters

Rabu, 20 September 2017

MBAK SITI KONGSI REZEKI DENGAN LEBIH 60 EKOR KUCING DAN ANJING SETIAP PAGI DI PEKAN BUKIT MERTAJAM.


Mbak Siti dengan bakul yang penuh di isi dengan makanan kucing dan anjing
Rumah taukey panggung Cheok Sah yang terletak di bawah Bukit DO


Ketika melalui jejantas yang menyeberangai lintasan keretapi dari pekan Bukit Mertajam ke Bukit Kecil pagi tadi aku bertemu dengan seorang wanita yang di kelilingi oleh kucing-kucing liar.

Rupanya kucing-kucing tersebut cukup mengenali kelibat wanita tersebut yang tidak asing lagi pada mereka kerana sudah menjadi rutin setiap hari wanita tersebut memberi makan kucing-kucing liar di situ.

Mbak Siti yang juga di kenali dengan nama Siti Kucing adalah seorang pekerja pembantu rumah di rumah bekas mendiang Cheok Sah taukey panggung wayang yang tidak asing lagi bagi penduduk Bukit Mertajam pada satu ketika dulu.

Walaupun harga ikan basah melambung tinggi sejak beberapa bulan kebelakangan ini namun Mbak Siti berkata "tidak mengapalah sebab rezeki yang Tuhan beri boleh di kongsikan dengan kucing dan anjing"

Setiap hari Mbak Siti memperuntukan perbelanjaan sebanyak 4 kilogram ikan untuk di beri kepada kucing-kucing di sini, manakalah untuk anjing-anjing di sekitar sini Mbak Siti telah menyediakan nasi-nasi yang tidak habis di rumah untuk di beri makan kepada anjing-anjing tersebut.

Mbak Siti 52 tahun berasal dari Jakarta Indonesia dan sudah bekerja di sini bersama majikannya Cheok Sah selama 19 tahun  yang pada mulanya di tugaskan untuk menjaga ibu majikannya dan kini beliau menjaga isteri mendiang Cheok Sah pula yang sudah berusia 94 tahun.

Menurut Mbak Siti, isteri mediang Cheok Sah masih sihat di usia tersebut dan majikannya itu sangat baik kepadanya.

Semoga Mbak Siti terus sihat dan di limpahi rezeki untuk terus berkongsi dengan kucing-kucing liar di pekan ini.

Nota : Mbak Siti tidak mahu gambarnya bersama kucing di ambil tapi aku curi-curi mengambil gambarnya untuk siaran di page ini.

Bacaan ini juga boleh di baca di page  I LOVE BUKIT MERTAJAM

Nama Mendiang Cheok Sah di abadikan di sebatang jalan di dalam pekan Bukit Mertajam

Kucing aku namanya Gelong.

Blackend Is The End

Dyers Eve