To Live Is to Die

free counters

Khamis, 7 September 2017

PERGINYA SETIAUSAHA JKKK KAMPUNG PISANG.

Pak Jabit bukan baru berkawan dengan Pak Abu, mereka berkawan sejak zaman remaja lagi sewaktu kehanggatan muzik A-Go-Go hinggalah di usia tua mereka di mana Pak Jabit telah menjadi setiausaha kepada Pak Abu dalam JKKK Kampung Pisang. Walaupun Pak Jabit sering tidak sependapat dengan ketuanya Pak Abu dalam berbagai hal di Kampung Pisang dan ada ura-ura mahu meminta Pak Abu melepaskan jawatannya kepada Pak Jabit namun Pak Jabit adalah seorang teman yang sangat setia kepada Pak Abu sehinggalah Pak Abu meninggal dunia. Pak Abu telah 6 tahun meninggalkan Pak Jabit dan hari ini Pak Jabit pula mengikuti Pak Abu. Man Kadir @ Ngah Kadir nama Fbnya atau lebih popular dengan nama Pak Jabit yang di ambil dari wataknya dalam filem Zombie Kampung Pisang dan filem2 Mamat Khalid yang di lakonnya selepas daripada filem tersebut. Mungkin ramai yang hanya mengenali Man Kadir sebagai seorang pelakon filem dan aktivis Parti Keadilan Rakyat (PKR) sahaja namun sebenarnya Mak Kadir adalah bukan orang yang sebarangan di dalam politik dan seni. Ketika saya bersembang dengan Ibnu Hashim di satu perjumpaan blogger yang di anjurkan oleh kerajaan negeri Kelantan pada satu ketika dulu, kami bercerita tentang Pak Jabit yang banyak berkisarkan tentang kehebatan Allahyarham di dalam penulisan. Salah satu karyanya yang paling popular ialah sebuah novel yang tidak mungkin dapat di lupakan tajuknya bagi generasi 40an keatas. "Hang tau tau sapa yang tulis novel …........................ kata Ibnu Hashim? Kalau hang nak tau dialah yang tulis novel tu." Power menang power... Novel tanpa nama yang sangat di cari2 oleh remaja pada tahun 80an dulu rupanya di tulis oleh Man Kadir. Ketika saya berjumpa Allahyarham sebelum PRU yang lalu saya bertanyakan kepada beliau sendiri untuk kepastian dengan apa yang saya dengar tentang penulis novel tersebut namun Allahyarham mengelak untuk menjawab dan berkata ahhh mengarut. Tapi saya yakin kalau di lihat dari segi gaya dan raut wajahnya yang sangat berseni itu, beliaulah yang menulis novel tersebut. Allahyarham juga bukan sebarangan aktivis politik seperti kebanyakan orang yang berbangga dan selalu mengungkit-ungkit penglibatan mereka dalam aktivisme politik di zaman Reformasi tetapi sejarah allahyarham dalam pergerakan politik sudah sekian lama bermula dengan parti kiri PSRM tidak ramai yang mengetahuinya. Saya pernah untuk membuat temubual dengannnya tentang sejarah perjuangannya dengan PSRM tetapi beliau lansung tidak mahu bercakap soal itu dan saya tidak pasti kenapa. Inilah Pak Man Kadir yang tidak pernah mencari nama di dalam kerja buatnya dan lebih banyak berahsia dari pengetahuan orang sama ada dalam bidang penulisan mahu pun di dalam bidang politik. Hari ini beliau telah pergi tidak kembali lagi untuk bercerita segalanya tentang sejarah kehidupannya yang bagi saya beliau adalah seorang yang sangat power seperti mana hebatnya pejuangan beliau di dalam seni dan politik. Sleep my friend and you will see That dream is my reality They keep me locked up in this cage Can't they see it's why my brain says Rage - 4 Imam Besar

Blackend Is The End

Dyers Eve