To Live Is to Die

free counters

Ahad, 24 September 2017

SAMBUTAN HARI RAYA KORBAN DI DALAM TENTERA RAKYAT MALAYA REJIMEN 10 PARTI KOMUNIS MALAYA.



Cerita tentang komunis tidak beragama dan tidak bertuhan adalah perkara biasa yang di sumbatkan ke dalam kepala otak orang melayu walaupun yang berkata komunis tak ada agama itu sendiri hari hari main mesin judi dan lagi dasyat masjid pun hanya di jejak setahun sekali saja.

Jadi tidaklah pelik jika ada yang mengatakan komunis bernabikan Karl Marx dan yang terbaru katanya komunis makan rumput sedangkan pak lebai pula makan rasuah hasil jual kayu balak.

Kenyataan bodoh sebegini sebenarnya sedikit pun tidak menimbulkan kemarahan kepada mereka yang tahu perkara sebenar tapi hanyalah menjadi bahan jenaka dengan kebodohan si lebai.

Sebenarnya anggota komunis yang beragama islam sewaktu di dalam gerakan bersenjata tetap melaksanakan ibadah korban setibanya hari lebaran ini walaupun berada di tengah hutan belantara dan berhadapan dengan musuh.

Berikut adalah sedikit kisah peristiwa bagaimana anggota Rejimen 10 Parti Komunis Malaya melakukan ibadah korban di dalam hutan.

Dasar PKM soal agama sangat jelas. Dalam Tentera Rakyat Malaya  di bawah pimpinan PKM para komander dan perajurit mempunyai kebebasan beragama, melakukan kegiatan agama serta beramal ibadat.

Oleh itu sama seperti umat Islam lainnya, perajurit-perajurit tentera kita, khasnya Rejimen Ke-10 menyambut hari raya setiap tahun mengikut keadaannya.

Di pagi hari raya yang shahdu, mereka bertakbir dan bertahmid serta bersembahyang sunat hari raya.

Setelah bersembahyang dan mendengar khutbah, kawan-kawan bersalam-salaman dan bermaa-maafan antara satu sama lain.

Kawan-kawan juga mengucapkan Selamat Hari Raya Minal Aidin Walfa Izin kepada seluruh umat Islam di tanah air termasuk para askar dan polis yang patriotik Kerajaan Kuala Lumpur.

Tentera PKM berada dalam keadaan perang. Oleh sebab itu, setakat mana kawan-kawan dapat berhari raya sudah tentu dipengaruhi oleh keadaan perang.

Namun berkat usaha parti dan kawan-kawan serta sokongan dan bantuan tak putus-putus daripada orang ramai, tentera PKM khasnya Rejimen Ke-10 tidak ketinggalan dalam menyambut hari raya setiap tahun.

Pada malam hari raya, kawan-kawan mendengar perutusan khas Hari Raya Aidiladha daripada Kawan Abdullah C.D. yang disiarkan melalui Suara Demokrasi Malaya.

Dalam perutusan itu, Kawan Abdullah C.D. menyampaikan salam dan mengucapkan selamat Hari Raya kepada seluruh umat Islam di tanah air serta menyeru mereka agar bersatulah melawan kemunafikan kaum berkuasa reaksioner Negara kita

Sempena Hari Raya Aidiladha kawan-kawan sibuk membuat persiapan-persiapan yang yang perlu, membelah dan memesin kelapa, membuat lemang, ketupat, kuih muih serta lauk pauk dan lain2 lagi.

Tentera PKM mempunyai 3 tugas utama, berperang, menyusun orang ramai serta melakukan kerja produksi, iaitu bercucuk tanam dan berternak, termasuk mencari buah-buahan hutan.

Berkat usaha berdikari tentera PKM, apabila tiba hari raya, kawan-kawan bukan saja dapat menikmati sayur mayur bahkan dapat menyembelih ayam dan itik serta menikmati telur merah dan lain-lain.

Berkorban dan bersembahyang selesailah sudah. Untuk memeriahkah lagi suasana hari raya kali ini, pada sebelah malamnya, kawan-kawan mengadakan pula majlis kesenian.

Selain mendeklamasikan sajak dan berkhasidah terdapat juga persembahan lagu-lagu nasyid daripada kumpulan nasyid pasukan

Blackend Is The End

Dyers Eve