To Live Is to Die

free counters

Selasa, 24 Oktober 2017

MALAS SOLAT JEMAAH TAPI SALAHKAN AZAN TIDAK KEDENGARAN

Madrasah Darul Aman adalah bangunan pertama di dirikan oleh rejimen 10 PKM sebaik saja memutuskan penempatan mereka di perkampungan ini sebelum perjanjian damai.
Hari ini heboh di facebook tentang 1 status seorang pegawai IKSIM yang terkantoi dalam cubaan membuat fitnah terhadap Pulau Pinang yang kononnya tidak ada azan.

Bila saya membaca status ini saya teringatkan kepada Sham Kamikazee kerana menurut isterinya Sham Kamikazee cuma bangun untuk tulis status "Jom Solat" dan kemudiannya akan tarik selimut semula.


Saya tak mahu libatkan pasal dendam politik si penulis ini kepada musuh politiknya kerana itu biasalah sebagai orang yang berpolitik dengan mengharapkan sentimen kebencian mereka akan mereka apa saja cerita untuk mendapatkan rasa benci daripada orang ramai kepada musuh politik parti yang mereka sokong.

Saya cuma hendak bercerita tentang realiti yang berlaku di sekeliling kita di dalam hal solat jemaah di masjid atau pun di surau.

Cerita di dalam status ini juga adalah sama dengan realiti kehidupan berpura-pura kita selama ini seperti juga berpura-puranya Sham Kamikazee di laman facebook untuk bersolat subuh berjemaah.

Ada 2 perkara yang hendak di sampaikan oleh penulis status ini iaitu :

1- Dia nak beri tahu orang dia bangun solat subuh.

2- Dia nak beritahu dia sedang berada di Pulau Pinang yang tidak ada azan tanpa dia sedari location FBnya memberitahu dia sebenarnya di Shah Alam.

Dan inilah realitinya manusia yang acah acah perihatin dengan azan sedangkan azan lansung tidak membawa apa2 erti kepada mereka untuk mengerjakan solat jemaah di masjid kerana orang yang melazimkan solat jemaah di masjid tidak pernah untuk menanti azan subuh untuk bangun tidur.

Berapa ramai antara kita termasuk saya yang menulis ini adalah orang yang prihatin dengan azan dan azan adalah sesuatu yang sangat penting bagi kita?

Kalau setakat merasa pelik sebagaimana si penulis status ini yang kononnya tak dengar bunyi azan sebenarnya kita sedang berbohong kepada diri kita sendiri.

Berapa ramai yang kononnya pejuang islam tak kiralah dari pejuang islam yang parti jenama islam atau pun mana mana kumpulan yang mendakwa mereka adalah kumpulan islam, memenuhi saf saf solat jemaah di masjid dan surau setiap kali azan di laungkan?

Kalau dulu di Pulau Pinang azan subuh sekali tetapi hari ini kerajaan Pulau Pinang melalui jabatan muftinya tekah mewartakan azan subuh sebanyak 2 kali adakah jumlah kehadiran jemaah solat subuh bertambah?

Tidak juga! kerana semuanya pembohong dan hanya berpura -pura seperti mana penulis status ini di mana azan lansung tidak membawa apa2 erti kepada kita untuk tergerak mengerjakan solat berjemaah di masjid.

Kita, kau dan aku serupa.

HONG KONG - SINGAPURA - PULAU PINANG

Masjid Sultan di Kampung Glam, Singapura
Semalam saya menonton di TV kisah Mat Dan dan isterinya di taja berbulan madu ke Hong Kong dan di dalam kisah yang tak sempat saya tengok sehingga selesai terdapat 3 buah masjid yang telah Mat Dan dan istrinya kunjungi untuk bersolat di negara yang majoriti penduduknya adalah bukan islam.

Azan di Hong Kong di laungkan apabila masuk waktu solat seperti mana masjid2 masjid lain di serata dunia melainkan masjid tersebut tidak ada orang yang mahu azankan.

Saya pernah ke Singapura, sebuah negara yang paling popular di gemburkan sebagai negara yang cina, anti islam, melayu tertindas dan paling popular di kalangan orang melayu ialah di negara Singapura masjid sudah tidak di benarkan azan lagi namun hakikat yang sebenarnya ialah azan tetap berkumandang seperti biasa sebaik saja masuk waktu solat.

Saya juga sudah 45 tahun menjadi warga negara Pulau Pinang dan sebagaimana apa yang di ceritakan kepada orang melayu bahawa Singapura tidak boleh azan, orang melayu di luar Pulau Pinang juga di ceterakan bahawa masjid di Pulau Pinang tidak lagi boleh azan.

Berbalik kepada status seorang pegawai IKSIM yang katanya sudah 5 minit masuk waktu solat tapi masih belum kedengaran laungan azan mungkin juga ada benarnya walaupun tujuan asalnya ialah untuk memberitahu orang ramai dia adalah seorang yang bangun solat subuh dan keduanya hendak mebuat fitnah bahawa di tempatnya sudah menjadi seperti Singapuran dan Pulau Pinag yang tidak ada lagi azan.

Saya kata mungkin benar seperti apa yang di katakannya bahawa tidak dengar bunyi azan ialah kerana ianya benar2 terjadi bukan saja di Pulau Pinang atau Shah Alam malah ianya mungkin juga terjadi di mana-mana terutamanya di surau-surau, bukan kerana tidak di benarkan azan tetapi tidak ada orang yang hendak azan.

Bila tidak kedengaran azan di masjid atau surau kita mencari salah orang lain sedangkan kita sendiri tidak pula pergi ke masjid untuk melaungkan azan atas keperihatinan kita tentang azan.

Itulah realitinya apa yang berlaku sekeliling kita, orang yang berjemaah di masjid tak pernah kecoh pun tentang bunyi azan dengar atau pun tidak tapi yang paling buat kecoh ialah mereka yang kadang kala hari raya pun tak pernah jejak masjid.

Dah kalau ke Singapura dan Hong Kong pergi ke tempat pelacuran macam mana nak dengar bunyi azan.

Kau, aku dan dia serupa.....


Blackend Is The End

Dyers Eve