To Live Is to Die

free counters

Selasa, 10 Oktober 2017

SETIA DAN KASIH SAYANG PAK MAMAT KEPADA PEMIMPIN HINGGA KE HUJUNG NYAWA

Pak Mamat bermunajat seorang diri di masjid kampung ini tapi kata orang komunis tak ada agama dan tidak percaya Tuhan.
Saya merasakan sangat terkilan kerana hajat saya untuk menulis tentang sejarah hidupnya tidak kesampaian apabila terpaksa beberapa kali menangguh pemergian saya ke kampung ini untuk membuat temubual dengan 5 orang anggota Hang Jebat Rejimen 10 Parti Komunis Malaya yang terlibat dalam "Long March" yang masih hidup iaitu Pak Hatta, Pak Waiming, Pak Mamat dan Asi.

Kini dua daripada mereka telah pun meninggal dunia di mana Pak Waiming telah meninggal dunia minggu lepas kemudian di susuli oleh Pak Mamat pula kelmarin (9/10/2017).

Allahyarham Liu Chin Soon atau nama islammya Rahim yang lebih di kenali dengan nama Pak Mamat meninggal dunia pada usia 84 tahun di mana lebih separuh dari hidupnya telah di serahkan kepada perjuangan bersenjata sehinggalah perjanjian damai di antara PKM dan kerajaan Malaysia di meterai pada desember 1989.

Allahyarham dilahirkan di Kampung Kerayung, Teriang, Pahang pada tahun 1933 dan Beliau adalah sebahagian dari puluhan orang yang asalnya bukan islam telah memeluk agama islam di ketika gerakan gerila parti komunis malaya dulu.

Pada tahun 1963 Allahyarham berkahwin dengan Siti Meriyam Idris yang juga anggota Rejimen 10 di dalam hutan dan pada ketika itulah Pak Mamat menerima agama islam sebagai pegangan hidupnya sehingga ke akhir hayat.
Kisah tentang isterinya telah di tulis oleh penulis Hong Kong Agnes Khoo di dalam buku berjudul "Hidup Bagai Sungai Mengalir"
Kandungan isterinya telah gugur pada usia 4 bulan dan selepas dari itu isterinya sudah tidak lagi mengandung tetapi pak Mamat mempunyai anak tiri  hasil daripada perkahwinan kedua isterinya dengan suami lamanya.

Selepas perjanjian damai anak-anak mereka telah memanggil mereka untuk pulang ke Malaysia tetapi mereka memutuskan untuk terus tinggal di perkampungan perdamaian.

Anak-anak mereka bertanya kenapa tidak mahu pulang? Jawab mereka "Selagi pemimpin tinggal di sini, kami tidak akan meninggalkan mereka. Kami hendak bersama-sama mereka sampai mati".

Pak Mamat berkata "Tidak payah balik!, pemimpin ada di sini, masa di hutan kita sehidup semati dengan mereka, buat apa sekarang meninggalkan mereka pula?, Kami menyayangi parti dan pemimpin kami".

Kali terakhir saya berjumpa Allahyarham setahun yang lalu dimana ketika itu allahyraham sudah agak uzur dan sangat jarang keluar rumah lagi namun tetap bersemangat bercerita tentang masa depan Malaysia tanah tumpah darahnya.

Isterinya Mariyem atau nama hutanya Atom telah beberapa tahun meninggalkanya dan beliau tinggal berseorangan di rumahnya dengan menjual ubatan yang di perbuat daripada akar kayu kepada pengujung dan adakalanya di jual di pekan Sukhirin.

Selepas sudah tidak kuat lagi Pak Mamat tidak lagi masuk ke dalam hutan mencari akar kayu tetapi hanya mengupah orang untuk mencarinya dan beliau sendiri akan memproses dan membungkusnya untuk di pasarkan.

Itulah saja hasil pendapatannya selain menerima wang bantuan daripada tabung kebajikan bekas anggota yang berusia 60 tahu ke atas sebanyak 540bath sebulan.

Kehilangan Pak Mamat adalah satu kehilangan yang besar terhadap catatan sejarah yang tidak pernah di catatkan oleh mana mana buku melainkan hanya sedikit sahaja yang di tulis di dalam buku Memoir Abdullah CD dan temubual bersama isterinya allahyarham Siti Mariyam.

Kini anggota yang telibat dalam perjalanan jauh hanya masih tinggal 3 orang sahaja di perkampungan ini iaitu Abdullah CD dari Chemor Perak, Pak Hatta dari Temerloh Pahang dan Asi dari Sungai Siput Perak.

Semoga Allah panjangkan usia mereka ini dan memberi kesempatan untuk saya menulis tentang sejarah kehidupan mereka pada masa terdekat ini.

Pak Mamat bersama isterinya Mariyam setia hingga ke hujung nyawa.
Pak Mamat (Cina) dan Asi(India) keduanya memeluk agama Islam sewaktu di dalam perjuangan di dalam hutan

 
Saya dan Allahyarham

Dari kiri Pak Akop (juga cina muslim) Pak Mamat dan Abdullah CD.
Meraikan tahun baru cina di rumah Abdullah CD.
Pak Mamat dan Pak Hatta setia berkawan dari awal hingga ke akhir hayat.


Sentiasa bersemangat bercerita tentang masa depan Malaysia


Kader veteran Rejimen Ke 10 Parti Komunis Malaya, Kawan Rahim @ Mamat @ Liau Chin Sun, (mualaf), meninggal dunia pada pukul 11.54 (waktu Thailand) di Kampung Perdamaian Sukhirin, Thai Selatan dalam usia 84 tahun.

Arwah dilahirkan di Kampung Kerayung, Teriang, Pahang pada tahun 1933. Mencampuri kegiatan revolusioner atas pengaruh abang sulungnya. Abangnya pernah menjadi anggota Tentera Anti Jepun Rakyat Malaya semasa Perang Dunia Kedua dan kader Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM) selepas diisytiharkannya Undang-undang Darurat oleh penjajah British pada Jun 1948.

Arwah menyertai Rejimen Ke 6 TPNM pada pertengahan tahun 1950. Dalam satu pertempuran pada penghujung tahun yang sama, arwah luka di bahagian bahu.

Selepas sembuh lukanya, arwah ditransfer ke pasukan Melayu iaitu Rejimen Ke 10 TPNM, pada Disember tahun 1950. Mulanya bertugas di jabatan penerbitan.

Arwah telah menyertai long mac Rejimen Ke 10 ke kawasan sempadan Malaysia-Thai, menyertai berbagai pertempuran, merempuh berbagai mara bahaya dan sehidup semati bersama-sama segenap perajurit dan komander Rejimen Ke 10.

Arwah diterima menjadi anggota Parti Komunis Malaya (PKM) pada penghujung tahun 1953 dan menjadi petugas kesihatan sejak tahun 1958 hingga 1975; di lantik menjadi ketua seksyen pada tahun 1958 dan ketua platun pada tahun 1961.

Pada tahun 1973, arwah dilantik menjadi calun Area Komiti, dan kemudiannya Area Komiti, Setiausaha Area Komiti serta anggota Markas Pengarah Organ Rejimen Ke 10 (bertanggungjawab terhadap urusan badan penerbitan, badan politik, badan kesihatan/pergigian dan badan kesenian).

Kader veteran Rejimen Ke 10 Parti Komunis Malaya, Kawan Rahim @ Mamat @ Liau Chin Sun, (mualaf), meninggal dunia pada pukul 11.54 (waktu Thailand) di Kampung Perdamaian Sukhirin, Thai Selatan dalam usia 84 tahun.

Al-Fatihah.


















Blackend Is The End

Dyers Eve