To Live Is to Die

free counters

Khamis, 12 Oktober 2017

XPDC - SEBUAH CINTA KENANGAN SILAM



Ku pulang membawa semangat lagi
Biar putih tulang ini
Yang hilang ku lepaskan ia pergi
Bersama kabus semalam berkata padaku

Dustakah semua ini
Bagi intan yang berseri.. berseri

Aku siap book tiket awal sebulan sebaik saja terbaca iklan tentang konsert ini. Ntah dah tak ingat kali tahun bila kali pertama dan terakhir menonton konsert XPDC ini tapi rasanya lebih 20 tahun lalu di Funfair pekan Bukit Mertajam.

Konsert tanpa penaja ini mengabungkan XPDC dengan FTG tetapi promosi rasanya 100% di buat oleh XPDC dan kehadiran penonton pada malam itu boleh di katakan kerana XPDC walaupun yang membuat persembahan akhir adalah FTG.

Kehadiran peminat XPDC di anggarkan seramai 1,000 orang dengan harga tiket RM75.00 mungkin agak tidak berbaloi dengan kos penganjur tanpa sebarang penaja tapi mungkin jualan baju T XPDC bisa untuk cover kembali kos keseluruhan konsert yang rasanya melebihi RM50ribu.

Aku rasakan kehadiran peminat FTG dari seluruh negara termasuk dari Sabah dan Sarawak ini kerana sokongan kepada  line up Mael, Zuar, Amy dan Jeff kerana inilah XPDC yang original, XPDC majoriti dan XPDC yang di bina dengan hati setiap ahlinya.

Sebenarnya aku tidak mengharapkan apa apa yang terbaik dari konsert ini dan sudah pun bersedia untuk tidak kecewa dengan keupayaan Mael di atas pentas tapi konsert ini bukan saja tidak mengewakan malah ianya adalah kalau tidak sangat hebat namun ianya tetap hebat.

Komen2 tentang suara Mael selama ini adalah jauh tersasar apabila Mael memberi yang terbaik pada konsert ini walaupun keaadaan kesihatannya yang masih belum baik.

Separuh yang hadir pada konsert ini adalah dari kalangan generasi muda awal 20an di mana ketika XPDC sedang di "Darjah Satu" hingga "Kita Peng Yu" generasi ini masih lagi belum lahir dan jika ada pun mereka pada usia yang masih kecil.

Tapi inilah XPDC... band yang tak kisah berada di atas pentas funfair walaupun sudah begelar selebriti dan berada di kemuncaknya pada satu masa dulu.

XPDC punya identiti muzik tersendiri walau siapa pun penyanyinya, ianya tidak sama sekali dengan mana mana band rock tanahair dan yang paling penting setiap nada yang keluar dari band ini adalah nada dari hati.

Konsert yang bermula pada jam 8.00 malam di buka oleh band jemputan "Metal Zon" yang membuat persembahan selama setengah jam dan selepas itu pentas agak lama yang membuatkan penonton semakin resah tidak sabar menanti kemunculan kelibat XPDC.

Bermula dengan "Kabus Semalam" penonton memberi tepukan dan sorakan yang paling gemuruh kepada XPDC...

Gemilang terpaksa aku mencari
Walaupun terbentang pagi ini
Semalam biarkanlah ia pergi
Semakin kelam nada

Berulang ku nyanyi
Tiada apa erti
Bagi insan yang sembunyi diri.....

Klik untuk rakaman pembukaan XPDC di Live FB XPDC .

Jika di beri 5 bintang aku beri 3 setengah bintang untuk konsert XPDC ini....

Bahalol

Raja Kertas

Hanya sempat bergambar dengan Amy yang masih berada di situ sehingga tamat persembahan FTG.

Jeff memang tidak setanding dengan Izo namun Jeff bukan orang asing dengan XPDC kerana dia bersama Mael dalam Real- X.


Gaya Zuar sejak dulu....

Pengikut Skinhead juga bersama
Gen X hanya menonton dari atas 








Nik Putra turut hadir beri sokongan. Antara otai yang kelihatan turut hadir ialah Man Rani dan Nahar Sofea.


Add caption

Tajul kekal dengan suara FTG gaya Pantera














Solat tidak lupa...

Blackend Is The End

Dyers Eve