To Live Is to Die

free counters

Rabu, 8 November 2017

BALA KE SYURGA


BALA KE SYURGA....

Bala.. bala..bala... marilah kita sama sama bersetuju dengan ungkapan bala dengan musibah banjir yang berlaku di Pulau Pinang kerana ianya adalah balasan Tuhan kepada orang Pulau Pinang atas kesalahan memilih orang bukan islam sebagai ketua kerajaan.

Sila ketepikan banjir yang sedang berlaku di Kedah, utara Perak dan terkini di Klang Selangor dan kita tumpukan banjir banjir yang berlaku di Pulau Pinang sahaja sebagai bala dari Tuhan dan kita anggapkan apa saja musibah yang berlaku di luar Pulau Pinang terutamanya di Kelantan adalah rahmat dari Tuhan.

Marilah juga kita bersetuju dengan pak pak ostad dengan katanya Banjir yang berlaku di Pulau Pinang ini adalah kerana pesta arak dan berbagai lagi maksiat. Setuju semuanya tanpa sebarang bantahan.

Namun mungkin juga Pak Ostad yang kerjanya mencari makan di masjid-masjid dengan air liur terlupa ada benda yang dia terlupa selain daripada segala macam yang di katakannya punca bala yang turun ini, ada lagi yang dia tak sebut.

Ostad2 ini terlupa atau sengaja berbuat lupa bahawa punya turunnya bala dari Tuhan adalah kerana kerja buat mereka sendiri.

Mereka tidak sedar kerja buat mereka yang menjadikan masjid untuk menanam kebencian sesama sendiri, memaki hamun di atas mimbar, mencerca ibu bapa orang yang tidak sependapat dengan mereka dengan panggilan buruk, mereka cerita perkara yang tidak ada dalam agama dan menjadikan masjid tempat mereka mengumpul kekayaan juga adalah satu punca bala yang Tuhan berikan peringatan denagn banjir ini.

Ostad-ostad ini tidak sedar betapa marahnya Tuhan dengan kejahatan yang mereka lakukan selama ini apabila penduduk sesuatu kampung berpecah belah dan tidak bertegur sapa hasil dari perbuatan mereka yang meniupkan api kebencian sesama manusia.

Sahabat handai yang berkawan sejak kecil bermasam muka ketika usia tuanya kerana hasutan pak pak Ostad di masjid, orang tua di caci maki oleh orang muda kerana orang tua tidak menyokong parti pak ostad, kenduri kendara tidak lagi di hadiri kerana berpegang dengan fatwa pak ostad.

Inilah punca bala dari Tuhan yang mungkin Pak Ostad terlupa nak beritahu selain apa yang dia beritahu.

Namun dalam banyak banyak bala hanya ada 1 bala saja akan masuk syurga, iaitu Balakirsnan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pahang kerana kata nabi  "Barang siapa yang telah melihatku di dalam tidurnya (mimpi), maka ia sesungguhnya telah melihatku, kerana syaitan tidak (mampu) menyerupai gambaranku." -    (Hadis riwayat al-Bukhari)

Blackend Is The End

Dyers Eve