To Live Is to Die

free counters

Khamis, 23 November 2017

BLACK METAL TAK SALAH, YANG SALAH IALAH NAJIB YANG MEGATAKAN BLACK METAL ITU SALAH.

Sedekahkanlah Al Fatiha kepada 3 pelakon hebat ini, Azuan Anuar, Pak Kadir dan zami Ismail. Selepas ini tidak ada lagi 3 watak ini di dalam filem karya Mamat Khalid.

Ada dua perkara yang boleh membuat anda tersenyum kalau menonton filem Mamat Khalid iaitu sama ada anda akan tersenyum kerana dialognya jenakanya atau anda akan tersenyum kerana faham makna di sebalik dialognya.

Untuk tersenyum kerana faham dialognya anda mestilah seorang yang ambil tahu tentang isu politik, agama dan masyarakat kerana cara Mamat Khalid menyampaikan kritikan sosialnya adalah melalui sindiran tajam bukan saja melalui dialog malah melalui memek muka para pelakonnya.

Nama dan watak Hussin, Wahab -B, Tuan Haji MK dan berbagai lagi mempunyai makna di sebalik kritikannya kepada kumpulan agama dan politik.

Seperti dialoq Sudin "Alif, Min, Nun, Wau" bunyinya Sarkas di dalam filem Allahyarham P.Ramlee "Pendekar Bujang Lapok", berapa ramai orang dulu yang menonton filemnya sedar sejak dari awal lagi bahawa P.Ramlee menyindir UMNO dengan nama Sarkas.

Begitu juga dengan dialoq watak Wan Kaswi (Allahyarham Azwan Annuar)"Black Metal itu tidak salah Pak Abu, yang salah ialah orang yang mengatakan Black Metal itu salah" di dalam filem "Hantu Kak Limah balik Rumah" berapa ramai yang sedar kepada siapakah sindiran ini di tujukan.


Namun kadang2 terfikir bagus juga satu masa dulu kerajaan Malaysia mengerahkan seluruh jentera medianya untuk berlawan dengan anak muda yang menjadi pengikut mazhab rock pada ketika itu kerana aku mula membenci Umno Barisan nasional sejak dari itu.

Ahhh tak mainlah benci umno sebab reformasi kerana konfrontasi antara Mahathir dengan Anwar lepas tu marah marahkan Anwar sebab berbaik dengan Mahathir. Itu budak rambut tarah. Siapa suruh jadi barua Anwar.

Kami lawan polis, main ligan ligan dengan polis, kena tangkap pukul dengan polis, kena lokap dengan polis dah lama dari zaman reformasi tu.

Tapi ok lah itu semua pengalaman masing2 tapi tak perlulah nak ungkit kembali seolah-olah hanya kamu saja yang lalui semua itu kerana perjuangan kamu dan lepas itu nak marah-marah orang yang tidak menyokong kamu, Ikut suka kamilah kami nak sokong Mahathir ka nak sokong Maria Farida ka.

Ehh tersesat jauh pulak dari tajuk...Ermmm nantilah senang cerita pasal kisah rock zaman muda ni..

Berbalik daripada keratan akhbar lama pasal kenyataan menteri belia pada ketika itu (kini Perdana Menteri) tentang muzik rock rasanya apa dia cakap dia sendiri pun tidak tahu melainkan seperti menunding kepada dirinya sendiri kerana si penjahat biasanya akan menunjukan kejahatan orang lain untuk melindungi kejahatannya.

Apa lagi Syaitan sudah pasti akan menunjukan orang lain juga syaitan agar kesyaitanannya akan di persetankan.

Blackend Is The End

Dyers Eve